Home » » Soal jawab antara Rasulullah s.a.w dengan Jibrail

Soal jawab antara Rasulullah s.a.w dengan Jibrail

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Umar bin Khattab meriwayatkan, “Pada suatu hari ketika kami sedang duduk dengan Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai pakaian putih bersih dan rambutnya hitam berkilat. Tidak ada tanda-tanda dia baru datang dari jauh. Tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenali orang itu.

Duduk bertemu lutut

Lelaki itu datang lalu duduk betul-betul di depan Nabi Muhammad SAW sehingga kedua-dua lutut lelaki itu bersentuhan dengan lutut Nabi Muhammad SAW.

Kemudian lelaki itu meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas pahanya lalu bertanya: Terangkan apa itu Islam. Jawab Nabi Muhammad SAW: Islam adalah kamu mengakui yang tiada Tuhan lain kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu bersembahyang, kamu membayar zakat, kamu berpuasa sepanjang Ramadan dan kamu menunaikan haji apabila mampu.

‘Betul’, kata lelaki itu. Kami semua berasa hairan bagaimana pula dia yang bertanya dan kemudian dia pula yang menyatakan jawapan itu betul. Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan apa itu iman? Jawab Nabi Muhammad SAW: Kamu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat-Nya, percaya kepada kitab-kitab suci yang diterima oleh pesuruh Allah, percaya adanya akhirat dan kamu percaya kepada takdir Allah, sama ada yang baik atau buruk.

‘Betul’, kata lelaki itu. Kemudian dia bertanya lagi: Terangkan apa itu ihsan? Jawab Nabi Muhammad SAW: Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu nampak Dia, dan apabila kamu tidak nampak Dia, kamu yakin Dia nampak kamu. Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan bilakah kiamat akan terjadi. Nabi Muhammad SAW menjawab: Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu.

Tanda hari akhirat

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan apa tanda-tanda hari akan kiamat? Jawab Nabi Muhammad SAW: Apabila perempuan hamba melahirkan majikan mereka sendiri. Apabila orang yang tidak berkasut, orang yang telanjang, orang miskin dan penternak kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi.

Selepas mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, lelaki itu pun pergi. Saya terdiam beberapa waktu sehingga Nabi Muhammad SAW menjelaskan: Umar, tahulah saudara siapa lelaki tadi? Saya menjawab: Allah dan pesuruh-Nya yang lebih tahu. Kata Nabi Muhammad: Lelaki tadi adalah malaikat Jibrail. Dia datang bagi menerangkan kepada saudara sekalian berkenaan agama saudara.” (Riwayat Muslim)

Sumber: Riyadus Solihin Taman Orang Soleh/ 

*Sumber dari al-bakriah.com.my

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • RAHSIA PUASA BERKUALITI
  • Mengenal Old Traford stadium Milik Manchester
  • Waktu Terasa Singkat, Inilah Bukti Ilmiahnya
  • TIPS Agar Pohon Pepaya Pendek dan Berbuah Lebat
  • Dah Nak Balik Raya ? Ini Ada Tips Bagaimana Nak "PAGAR" Rumah Korang .
  • Mengapa Disebut “Laut Merah”?
  • Ketajaman Pedang Milik Salahuddin Al-Ayyubi
  • Terkini - Liputan Banjir Di Pantai Timur
  • Subhanallah, Kristal gergasi yang ditemui dalam gua di Naica adalah lebih lembut daripada kuku manusia
  • Satu Lagi Kebarangkalian Punca Kehilangan MH370
  • WTF : Tauke Perabot Dedah Rahsia Untung Besar Dalam Perniagaan
  • Syeikh Ali al-Shobuni: Syiah bunuh kanak-kanak, wanita, dan robohkan masjid
;