Home » » Mungkinkah Ini Punca Sebenar Berlakunya Kejadian MH17?

Mungkinkah Ini Punca Sebenar Berlakunya Kejadian MH17?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.




ALOR SETAR - Konflik dunia sememangnya sukar ditafsirkan dengan pandangan biasa kerana ia sesuatu yang rumit, terutama apabila melibatkan kuasa besar yang seolah-olah berperanan sebagai tangan-tangan ghaib.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, walau apa sekalipun bentuk krisis dunia itu, ia tetap tidak boleh melibatkan orang awam dan sekiranya berlaku, ia sesuatu yang serius dan melampau.

Tidak mustahil krisis Rusia-Ukraine itu diambil kesempatan oleh negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia untuk kepentingan mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada pihak sengaja menggunakan isu terbabit bagi mengalihkan tumpuan dunia terhadap isu umat Islam yang ditindas di Palestin.

“Tidak kira pihak mana yang melakukan serangan itu, mereka tidak boleh menjadikan orang awam sebagai korban. MH17 tidak boleh dijadikan kambing hitam dalam krisis dunia melibatkan kuasa-kuasa besar,” katanya.

Ahmad berkata, pelbagai andaian dan tafsiran kini berlegar terutama di laman sosial, namun beliau menasihati orang ramai termasuk ahli keluarga mangsa supaya tidak menerima maklumat itu bulat-bulat.

“Terlalu banyak maklumat tidak tepat disebarkan melalui laman sosial dan blog, seeloknya rujuk hanya kepada sumber sahih,” katanya.

Mengulas mengenai nahas yang mengejutkan dunia itu, Ahmad yang juga Adun Alor Mengkudu berkata, semua pihak tanpa mengira latar belakang wajar bersatu menangani krisis itu.

“Pas Kedah turut menunjukkan komitmen pada arahan Perdana Menteri yang meminta bendera dikibar separuh tiang untuk menzahirkan dukacita dengan nahas itu. Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar telah mengarahkan semua pejabat Pas kawasan berbuat demikian,” katanya.

Tambahnya, ini menunjukkan kesepakatan dalam isu MH17 dan tidak semua isu akan dibangkang oleh pembangkang.

“Isu MH17 melangkaui parti. Ini bukan masa untuk bertelagah sebaliknya bekerjasama. Diharap kerajaan akan telus dalam menyalurkan maklumat berkaitan perkembangan MH17 dan tidak menyembunyikan fakta yang diperoleh,” katanya.

Ahmad turut meminta keluarga mangsa terus bersabar dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menguruskan kes tersebut di peringkat antarabangsa.

“Pas Kedah mengutuk tindakan pembunuhan beramai ramai ini, diharap pelakunya menerima hukuman atas apa yang telah berlaku,” katanya. ~sh

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •  Bagaimana Orang Kaya Menyayangi Anaknya?
  •  Pengurusan Solat Berjemaah - Membina Warga Kerja Yang Dicari-cari!
  • Bagaimana Jika MH370 TIDAK DITEMUI?
  • IBU SUSUAN; ADAKAH DISYARATKAN BAYI MENYUSU DI BADAN?
  • Kisah Mula Bertudung Menutup Aurat
  • Pembentangan Belanjawan - Apakah Alasan Yang Sepatutnya Bagi Menggantikan Alasan Kencing Manis?
  • Subhaanallah, tahukah anda, Allah jadikan jalan di gunung-gunung
  • Strategi perniagaan ini cukup bijak sehingga dapat menggugat ekonomi Yahudi
  • Cuti Sekolah Sudah Bermula - Banyaknya Kenduri Kahwin Dan Cepatnya Mereka bercerai!!
  • Puluhan Tentera Israel bertempiran lari diserang roket
  • Petir  Buatan yang Mengagumkan
  • Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Penciptaan Berpasangan
;