Home » » Pesawat Penumpang MAS Ditembak Jatuh!!

Pesawat Penumpang MAS Ditembak Jatuh!!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

 
Pesawat penumpang pernah ditembak jatuh beberapa kali sebelum ini

WASHINGTON: Walaupun tindakan menembak jatuh pesawat sarat dengan penumpang bukanlah sesuatu yang kita fikir akan berlaku, namun beberapa kes sebelum ini menunjukkan ia pernah terjadi.

Antara yang ketara termasuk kejadian di mana pesawat Iran ditembak jatuh oleh tentera laut Amerika Syarikat dan pemusnahan pesawat Korea Selatan oleh jet pejuang Russia.

Pada 3 Julai 1988, penerbangan 655 Iran Air dengan 290 orang di dalam pesawat, ditembak jatuh di Teluk Parsi oleh peluru berpandu USS Vincennes ketika pesawat itu masih berada di ruang udara Iran.

Pegawai Amerika Syarikat kemudian menyatakan Vincennes tersalah anggap pesawat Airbus A330 itu sebagai jet pejuang. Pesawat itu dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai. Tiada mangsa terselamat. Kerajaan AS akhirnya mencapai penyelesaian dengan memberi pampasan kepada anggota keluarga mangsa.

Lima tahun sebelum itu, Penerbangan 007 Korean Air Lines, dengan 269 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh oleh jet pejuang Russia di barat Pulau Sakhalin di Laut Timur ketika ia terbang di ruang udara larangan Soviet.

Pesawat itu dalam penerbangan dari New York ke Seoul pada 1 September 1983, dengan mengikuti laluan Alaska sebelum menyeberangi Lautan Pasifik.

Semua dalam pesawat berkenaan terkorban. Soviet Union pada mulanya menafikan mengetahui kejadian itu tetapi kemudian menegaskan bahawa pesawat itu sedang melakukan intipan. 

Pemimpin Soviet enggan mengumumkan data penerbangan pesawat itu sehingga beberapa tahun kemudian. - AFP

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Sejarah Masjid Biru Istanbul Turki
  • Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah
  • Jam Moden vs Jam Matahari
  • Qailulah - Kenapa Ianya Perlu?
  • Allahu Akbar! Terbaru,Mujahidin Afghanistan tembak jatuh helikopter NATO di provinsi Zabul
  • Mengenai peristiwa masa depan dalam Alquran
  • Tiga orang bani israel diuji Allah
  • Wan Azizah Tidak Akan Jadi MB Selangor.. Ini Sebabnya?
  • Apa Yang Berlaku Bila Selalu Ingat Mati?
  • 5 Cara Mengubati Penyakit Was-Was.
  • Dahulu bulan bersinar seperti matahari - Ibnu Abbas Ra
  • Kisah Gugurnya Mualaf Britain dalam Perang Bosnia - 1
;