Home » » Aksi 'Prank' 'Pelajar Kelas Memandu' Jadi Viral

Aksi 'Prank' 'Pelajar Kelas Memandu' Jadi Viral

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sedutan video yang dimuatnaik

BEBERAPA tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan dan 'minta nyawa' selepas seorang pelajar membawa mereka pergi 'pusing-pusing'.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Mac lepas, pemandu rali, Leona Chin menyamar sebagai pelajar 'skema' dan berlakon lurus bendul.

Selepas membawa kereta 'abangnya' ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan dengan beberapa pengajar mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu dalam sesi berlainan.

"Saya fikir anda perlu berlatih (memandu) lebih kerap," kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum.

Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi 'spin tyre' dan mula memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai 'donut'.

Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang kaledar.

Dua lagi tenaga pengajar warga asing, langsung keluar dari kereta selepas aksi 'donut' daripada Chin tamat.

"Anda hampir bunuh saya!," kata seorang pengajar lelaki yang segak berbaju kemeja biru. Beliau juga kelihatan memegang kepala dan tidak percaya apa yang telah dialami.

Senario yang terjadi merupakan aksi 'prank' yang diselia oleh maxman.tv, dimana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.

Sehingga kini, video prank tersebut menarik lebih empat juta perhatian pelayar dan dikongsi di laman-laman sosial.

SUMBER: SINAR HARIAN


Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Tragedi Pesawat MAS Beri Kesan Mendalam
  • Siapa Bidadari Syurga
  • Lapisan Atmosfera Dinyatakan di Dalam Al-Quran
  • Pemikiran Kreatif Ada Di Dalam Al-Quran!!
  • Maklumat Terkini Nahas Helikopter - Ini Dia Aidana Baizeva Sebenarnya
  • Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal
  • CARA PERAWATAN PERLENGKAPAN MEMANCING
  • Monaco Syurga Para Penjudi Di Dunia
  • Cerita Di Sebalik Pembelian Instagram Oleh Mark Zuckerberg
  • SEKILAS TENTANG BERKEBUN KOPI
  • Misteri di Balik Bau Tubuh
  • Amerika: Negara Islam yang dimurtadkan
;