Home » , » ADAKAH DISUNATKAN BERPUASA PADA AWAL MUHARRAM (TAHUN BARU ISLAM)?

ADAKAH DISUNATKAN BERPUASA PADA AWAL MUHARRAM (TAHUN BARU ISLAM)?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; ustaz, apakah terdapat puasa yang disunatkan pada awal muharram?


Jawapan;

Kelebihan berpuasa pada 1 muharram secara khusus tidak disebut oleh Nabi SAW dalam hadis-hadisnya, namun kelebihan berpuasa dalam bulan muharram secara umum ada disebut oleh baginda;
???????? ?????????? ?????? ????????? ?????? ??????? ???????????? ?????????? ?????????? ?????? ???????????? ??????? ?????????
�Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam� (Soheh Muslim; 1163/202). 

Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram.

Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari �Asyura (10 muharram). Abi Qatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari �Asyura? Baginda menjawab;
 ????????? ????????? ????????????
�Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu� (Soheh Muslim; 1161/197).

Namun menurut Imam al-Qurthubi; �Kelebihan bulan Muharram adalah kerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnya dengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulan selebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) dan pernah disebut oleh Nabi SAW sebagai dhiya� (????) yang bermaksud cahaya� (Dinaqal dari kitab; Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182).

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 8/55.
2. Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, Syeikh Abdul Qadier 'Irfan, 3/182.
3. Al-Wajiz, Syeikh �Abdul-Aziem Badawi, hlm. 206.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Di Mana Ada Masalah Di Situ ada Peluang Kejayaan
  • Fakta Seputar Garam Yang Mungkin Tidak Kalian Ketahui
  • Salahudin Al Ayubi - Singa Padang Pasir
  • Azmin Ali Turun Padang Melihat Masalah Rakyat!!
  • Apakah Juadah Orang Susah Berbuka Puasa
  • TEKNIK MENANAM CABAI RAWIT DALAM POT
  • Ngerinya Siksa Perampas Tanah, Harus Menggali Bumi Hingga 7 Lapisan
  • Wan Azizah Tidak Akan Jadi MB Selangor.. Ini Sebabnya?
  • Khasiat Bunga Balsam
  • Pemanasan Global Ancaman Terbesar Planet Bumi
  • Memilih Merpati Jantan Dan Betina
  • Dajjal Menggunakan Telinganya Sebagai Kenderaan
;