Home » , , » Damaikan Di antara Dua Orang Yang Bermusuhan

Damaikan Di antara Dua Orang Yang Bermusuhan

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Image result for Damaikan Di antara Dua Orang Yang Bermusuhan



Di dalam kehidupan bermasyarakat, kita pasti diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.  Perselisihan atau pertelingkahan mungkin akan berlaku sekiranya masing-masing tidak memahami dan mengambil berat berkenaan kewajipan menjaga hubungan silaturrahmi sesama manusia. Malah pergeseran seperti ini boleh berlaku dengan lebih serius dan berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua belah pihak untuk memperbaiki semula hubungan yang telah lama terputus.

Perlu diingat bahawa, tanggungjawab untuk membina semula hubungan silaturrahmi yang terputus ini tidak hanya terletak kepada dua pihak yang bermusuhan sahaja, malah tanggungjawab ini juga terletak di atas bahu setiap daripada kita yang melihat supaya dapat meleraikan dan mendamaikannya tanpa membiarkan mereka terus menerus bermusuhan dan berlaga sesama sendiri. Oleh kerana itulah, kita mesti memainkan peranan yang sangat penting selaku orang tengah agar dapat meleraikan dan menyambungkan semula hubungan silturrahmi yang telah terputus kerana ia adalah merupakan perintah daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 �Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.�
(Surah Al-Hujurat ayat 10)

Jika kita mengimbas kembali kisah peletakkan Hajar Aswad yang pernah menjadi pertelingkahan kabilah-kabilah arab suatu ketika dahulu, Rasulullah s.a.w sendiri pernah menjadi orang tengah untuk medamaikan dan meleraikan pertelingkahan yang berlaku antara mereka. Baginda dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan adil dan bijaksana di mana akhirnya batu tersebut dapat diletakkan pada tempat asalnya tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Selain itu, baginda juga turut mendapat pujian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Oleh itu, marilah kita berusaha untuk menjadi orang tengah di dalam meleraikan sesuatu pertelingkahan dan pergaduhan yang berlaku sesama manusia agar kita dapat memastikan hubungan silaturrahmi ini dapat dijaga dan dipelihara dengan baik sehingga ke akhirnya, InsyaAllah.

Sumber : http://mks.org.sg

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •  Munajat Pengaduan Umat Akhir Zaman Kepada Allah Dan Rasul (2)
  • Freemason, Hanya Dibentuk oleh 9 Orang
  • Tentera Yang Berjaya Merealisasikan Sabda Rasulullah SAW
  • Jika Rusuk Kiri Bergetar Apa Tandanya?
  • 7 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat Setiap Pagi Dan Petang Sebarkan Pada Semua
  • Pernikahan Itu Sepatutnya Dipermudahkan!!!
  • Respon Positif Pelbagai Pihak Terhadap Pendirian Taubat Dan Pematuhan Fatwa GISB
  • Mercedes Showroom Terbesar
  • Kenali Cawangan Khas PDRM Dan Sumbangan Kepada Negara
  • Renungkanlah, Hanyak Kerana Tak Berhijab Wanita Ini Tak Sampai Syurga
  • Kisah Seorang Pakcik Tua…
  • Tulisan Puteri Abuya - Apa Yang Tersirat Dalam Pendidikan Rasulullah SAW?. - Bacalah!!
;