Pak Lang seronok baca tulisan dalam blog matahati..Ya la siri tulisannya tentang poligami dari matahati orang yang berpengalaman. Tentulah menarik dan penuh realiti. KLIK UNTUK KE BLOG MATAHATI . Pak Lang paparkan di sini tulisannya atas tajuk yang Pak Lang ubah suai sikit...
Petang tadi berbual dengan beberapa rakan seperjuangan. Kesemuanya mengamalkan poligami. Ada yang baru 2, 3 dan ada yang sudah cukup empat. Salah seorang bertanya kepada kawan yang sudah penuh korum, empat. Apa perasaan atau apa hikmah yang boleh dikongsikan?
Beliau bersikap terbuka untuk berkongsi pengalaman. Antaranya ialah;
Keinginan atau gelora gemar kepada wanita semakin tenang. Katanya bila melihat wanita di luar sana, samada yang cantik, muda, cerdik atau apa jua, dia akan terasa, lebih kurang sama saja dengan apa yang dia ada. Menjadikan gelojak nafsunya semakin tenang dan tenteram.
Sebab, menurutnya, keempat-empat isteri beliau mempunyai watak yang berlainan satu dengan lainnya. Di satu sudut, mereka saling lengkap melengkapi satu sama lain. Namun satu aspek lain, kerenahnya sangat mencabar kerana berlainan cara menghadapinya.
Perkahwinan pertamanya agak lewat, iaitu sewaktu usia 28 tahun dan umur isterinya waktu itu 26 tahun. Menurutnya, pada peringkat awal, dia rasa tidak kuat dalam hubungan intim. Malah kadang-kadang dia rasa bosan bahkan rasa terbeban untuk mengadakan hubungan seks. Walhal bukan juga kerap, tetapi begitulah keadaannya.
Tetapi bila beristeri dua, semangat hubungan suami isteri meningkat. Malah lebih bertenaga. Isteri pertama juga merasa perubahan tersebut dan merasai kelebihan nikmatnya yang bukan sedikit. Rupanya madu kepada isterinya itu benar-benar berperanan sebagai 'madu' dalam menguatkan hubungan seks mereka.
Sebaik berkahwin dengan isteri ketiga, kehidupan berkeluarga bertambah baik, bertambah meriah bahkan bertambah berkualiti. Isterinya yang ketiga agak lebih muda. Namun yang muda itu menjadikan yang pertama dan kedua juga turut beraksi lebih muda. Hebatnya poligami menjadikan hidup mereka sentiasa muda.
Sebenarnya mereka bukan selalu berjumpa. Kadang-kadang sebulan sekali atau lebih lama dari itu. Entah mana-mana sekalilah yang berjumpa berselang hari mengikut giliran. Namun kualiti masa yang dimiliki menjadikan hubungan suami isteri semakin bertenaga dan puas!
Perkahwinan keempatnya pula diusia beliau 42 tahun. Manakala isterinya yang keempat itu, janda anak satu, berumur 50 tahun. Di kalangan madu-madu itu, dialah yang paling tua walau pun sebagai isteri paling muda!
Suami terdahulu adalah seorang yang kaya, tokoh masyarakat dan seorang ahli perniagaan. Dia mendapat anak setelah 17 tahun berkahwin. Itulah satu-satunya anak selama 30 tahun berkahwin dengan suaminya yang pertama.
Tetapi setelah dia berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada suaminya sekarang, barulah dia benar-benar menikmati erti hubungan suami isteri. Dia terasa jiwanya terisi, bukan sahaja kerana kepuasan di ranjang, tetapi kerana adanya hubungan emosi, minda dan spritual dengan suaminya. Dia benar-benar terasa betapa uniknya hidup berkasih sayang bersama madu dan suami yang berwibawa.
Al hasil dia tidak mengharapkan apa-apa pun dari suaminya dalam hal nafkah lahiriah, kerana seluruh keperluannya sudah sangat mencukupi. Tetapi dia sangat bahagia kerana perasaan dan tuntutan fitrahnya terlunas kerana mempunyai suami. Sedangkan keperluan batin tersebut tidak mungkin tertunai secara halal tanpa suami. Inilah seks suci namanya.
Sementara suaminya pula, bila sempurna beristeri empat, dia semakin mampu menunaikan kewajipan terutamanya dalam soal keperluan rohaniah dan batiniah isteri-isterinya. Kalau semasa beristeri satu, dia sering kecundang, malah rasa terbeban untuk ke ranjang, sebaliknya setelah ada empat isteri, kemampuannya sangat mencukupi untuk ke semua isteri-isterinya. Begitu hebat ciptaan Tuhan.
Secara terus terang suami ini mengakui bahawa isterinya yang keempat dan itulah yang paling tua dari segi umur, tetapi kemampuan dan keghairahannya adalah setanding dengan yang paling muda usianya! Nah! Bukankah ini merupakan hikmah berpoligami. Suami bertenaga, isteri bahagia. Formula mujarab dan penuh nikmat dalam merawat hubungan dingin suami isteri.
Sekian dulu, berjumpa lagi, insyaAllah.
0 ulasan:
Catat Ulasan