Home » , » Apakah Pengertian Tadharru'?

Apakah Pengertian Tadharru'?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Tadharru’ adalah sebuah istilah yang bererti ketundukan diri yang amat sangat dengan penuh rasa malu terhadap Tuhan yang maha esa. Tadharru' adalah sifat hati yang tunduk menyerah diri dengan sepenuh yakin bahawa hanya dengan kuasa Allah sahajalah segala keajaiban boleh berlaku.

Imam Ahmed ibn Hambal menjelaskan dengan mengatakan, ”Bayangkan seseorang yang tenggelam di tengah lautan dan yang dimilikinya hanyalah sebatang kayu yang digunakannya supaya terapung. Ia menjadi semakin lemah dan gelombang air laut yang teramat masin itu mendorongnya semakin dekat pada kematian. Bayangkanlah ia dengan renungan matanya yang penuh harapan menatap ke arah langit dengan putus asa (terhadap sebarang ikhtiar lahiriah)  sambil berteriak Ya Allah Ya Tuhanku!!, Ya Allah Ya Tuhanku!!!!! Bayangkanlah betapa putus asanya dia dan betapa tulusnya ia meminta pertolongan Tuhan. Itulah yang disebut dengan tadharru di hadapan Tuhan”. 

Dalam al-Qur’an, Allah mengajarkan kita bahawa tadharru' adalah bentuk pengabdian hati yang dilakukan oleh seorang mukmin ketika ia berada pada keadaan darurat, cemas dan kritikal. Tadharru' menjadikan seseorang terpaksa membuang tabir kesombongan dan rasa ego yang menutupi hatinya. Ia melibatkan rasa harap yang sangat tulus kepada pertolongan Tuhan semesta alam. Tadharru' menunjukkan bahwa seseorang itu telah menyedari betapa lemahnya ia dan betapa perkasanya Tuhan kita. 

Terkadang ketika Allah melihat hamba-Nya begitu tenggelam dalam kehidupan dunia, Dia memberi ujian musibah agar mereka menyedari kelemahan mereka dan kembali meminta bantuan dan perlindungan Allah. Kerana itu, musibah yang menimpa seorang Muslim adalah untuk menyedarkannya dan membuatnya kembali kepada Tuhan. 

Allah SWT mengatakan, “Dan sungguh Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelummu, lalu Kami siksa mereka (sebagai ujian) dengan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka tunduk (kepada Allah) (QS 6:42). 

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT menggunakan musibah sebagai metod rutin untuk menyedarkan hamba-hambaNya dan mendorong mereka untuk meminta pertolongan pada-Nya. Musibah ini ibarat ubat yang pahit supaya kita menjadi mukmin yang lebih baik. Allah melakukan hal ini untuk kebaikan kita sendiri kerana Allah menyatakan bahawa kita memerlukan ‘ubat ‘ ini dalam ayat berikut, “Dan kalau sekiranya Kami mengasihi mereka dan Kami hilangkan bencana yang ada (menimpa) mereka, niscaya mereka terus-menerus terumbang-ambing dalam kesesatan mereka” (QS 23:75).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman, “Maka mengapa mereka tidak tunduk ketika datang siksaan Kami, bahkan hati mereka amat keras dan syaitan menampakkan keindahan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (QS: 6:43). 

Kita tidak boleh melakukan kesalahan sebegini serta menutup mata dan hati kita daripada menyahut panggilan Allah untuk tunduk dan merasa malu kepada-Nya. Kita tidak boleh membiarkan syaitan menipu kita untuk percaya bahawa permasalahan kita tidak ada kaitannya dengan hubungan kita dengan Allah!

Bahkan Allah SWT mengatakan, “Katakanlah, ‘Siapakah yang dapat melepaskan kamu dari kegelapan (bencana) di darat dan di laut yang kamu berdoa kepada-Nya dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan. Sungguh! jika Dia menyelamatkan kami dari (bahaya) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur!’, Katakanlah, ‘Allah menyelamatkan kamu daripadanya dan dari segala kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya’” (QS 6:63-64).

Tidak ada seorangpun yang akan menyelamatkan kita dari kegelapan yang kita alami sekarang ini kecuali Allah SWT, namun sebelumnya, kita tunduk, patuh dan merendah  diri dengan penuh ketulusan hati.

Bagaimana mendapatkan rasa tadharru’?

Ketika ikan paus menelan Nabi Yunus AS, ia berada dalam situasi yang mengerikan. Bayangkanlah bagaimana rasanya terperangkap dalam sebuah bilik kecil yang teramat sempit, gelap dan tidak ada harapan untuk keluar dari situ. Demikianlah apa yang dilalui oleh Nabi Yunus AS ketika berada dalam perut ikan paus. Tidak terbayangkan kegelapannya, jelek-jijiknya, mualnya dan kesulitan bernafasnya. Ikan paus tersebut berenang di lautan yang berbadai gelombang dan pada malam hari yang gelap pekat!!

Bayangkanlah apa yang dirasakan oleh Nabi Yunus AS, dan bayangkan bagaimana Baginda AS berdoa dengan penuh ketundukan dengan mengatakan, “ Sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang menzalimi diriku sendiri” (QS 21:87). Bayangkan seorang nabi, seorang contoh ikutan manusia di zamannya, mengatakan bahawa dirinya sebagai seorang yang menzalimi diri, lantas terbayangkah bagaimana kita seharusnya memohon kepada Allah?? Allah!!!

Pada malam sebelum perang Badar, Nabi Muhammad SAW melihat bagaimana pasukan berhala 'menang' secara jumlah dari mereka dan dalam keadaan bersiap sedia bersenjata lengkap. Kemudian Baginda SAW membandingkannya dengan tentera Muslim dan jelaslah betapa sedikit dan kurangnya persiapan bahkan persenjataan (kerana sememangnya mereka datang ke Badar bukan untuk berperang). 

Perang Badar merupakan pertembungan pertama antara Muslim dan Kafir dalam sejarah Islam. Jika umat Islam kalah maka Islam dikira akan hilang dari muka bumi selamanya. Menyedari hal ini, Baginda Nabi SAW mulai memanjatkan doa kepada Allah dengan penuh ketundukan - khusyuk dan tadharru'. 

Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan Baginda yang mulia setinggi-tingginya lalu membentangkan kedua-duanya. Itulah lambang penuh pengharapan dan penuh kesungguhan. Baginda SAW berdoa dengan tulus kepada Allah dan tubuhnya yang mulia itu bergetar sehingga menyebabkan serban Baginda jatuh ke belakangnya. 

Baginda saw memohon merayu kepada Allah sambil menangis, “wahai yang Maha hidup!!! Wahai Yang Maha Memberi Rezeki, wahai Yang Maha menolong!! Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan (Islam) ini pada hari ini, nescaya Engkau tak akan disembah lagi dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjiMu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganMu."

Inilah tingkatan rasa malu yang perlu diusahakan ketika berdoa kepada Allah dalam meminta pertolongan. Inilah cara memohon kepada Allah dengan tahap kerendahan jiwa yang sepenuhnya seakan-akan kita benar-benar tenggelam di lautan dan tidak ada lagi yang dapat menyelamatkan kita kecuali Dia. 

Orang-orang yang tadharru' akan bangun di malam hari untuk mengerjakan solat malam, dan sambil bersimpuh di hadapan Tuhan memohon padanya seakan-akan mereka belum pernah melakukan sebegitu sebelumnya. Mereka biasa berkumpul bersama dan berdoa dengan penuh rasa hina bersama-sama. Mereka menangis dan membawa hati berlari menuju padaNya bersama keluarga dan rakan taulan demi mengharapkan pertolongan, perlindungan,dan petunjuk-Nya.

Tadharru’…… adalah rasa hamba yang sangat kudus terhadap pencipta alam semesta. Tadharru' adalah apa yang harus kita fahami dan laksanakan. Kita perlu mencapai tadharru terlebih dahulu. Dan kemudian serahkanlah hati jiwa raga kita sepenuhnya kepada Allah kerana dialah yang maha tahu untuk mengubah keadaan kita. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu mengubah dirinya sendiri”

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

;