Home » » Angin Penyuburan di Dalam Al-Quran.

Angin Penyuburan di Dalam Al-Quran.

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;



Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.



Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.



Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;



Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.



Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.



Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.



Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi�

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Banjir: Empat Kawasan Kritikal Di Kelantan
  • Lokasi Terbaru MH370 Dikesan?
  • LAFAZ SALAM
  • Ciri Manusia Yang Dicari-Cari!!
  • Rukun Qauli dalam solat
  • HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS PUTIH
  • Paparan Fitnah Di Dalam The Malaysian Insider Dijawab Oleh Menantu Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi
  • Kawan Lama - Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah Menulis Tentang Al-Marhum Ustaz Ashaari
  • Salahuddin Ayub Menulis: Depani Krisis MB S'gor
  • Peruntuh Masjid Babri Memeluk Islam
  • Dosa yang Memusnahkan Peradaban Kuno
  • JATUH-BANGUN KEHIDUPAN, ANTARA HARI INI DAN ESOK
;