Home » » ANAK SAUDARA ISTERI; ADAKAH HARUS BERSALAMAN DENGANNYA?

ANAK SAUDARA ISTERI; ADAKAH HARUS BERSALAMAN DENGANNYA?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Salam, seorang lelaki telah berkahwin dgn seorang wanita...apakah hukum bersalaman dengan anak sedara isterinya yang sudah baligh (perempuan) adakah dibolehkan n kenapa? begitulah
sebaliknya bg pihak perempuan pula (isteri).sukran

Jawapan;

Anak saudara isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir.

Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab;
1. Kekeluargaan
2. Perkahwinan
3. Penyusuan

Bagi ikatan mahram dengan sebab perkahwinan, hanya empat orang sahaja yang terbabit;
1. Ibu mertua
2. Anak menantu (yakni isteri kepada anak lelaki).
3. Anak tiri
4. Ibu tiri (yakni isteri bapa)

Oleh kerana anak saudara isteri tidak tersenarai dalam senarai mahram kerana perkahwinan di atas, ia kekal sebagai wanita ajnabi dan tertakluk dengan hukum-hakam wanita ajnabi tadi. Di antara mereka berdua (yakni antara suami dan anak saudara isteri) halal perkahwinan jika berlaku perpisahan antara suami dan isteri terbabit itu sama ada kerana kematian atau berlaku penceraian putus (yakni penceraian yang tidak boleh dirujuk tanpa akad baru).

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami bersalaman dengan anak saudara isterinya (perempuan) yang telah baligh kerana di antara mereka berdua tidak ada ikatan mahram muabbad.

Wallahu a'lam.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • IBU SUSUAN; ADAKAH DISYARATKAN BAYI MENYUSU DI BADAN?
  • Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan
  •  Satu Demi Satu Mahathir Menyanggah Najib, Tapi Kesudahannya Apa?
  • Apakah Punca Artis-Artis Wanita Popular Ini Berubah?
  • Jibril a.s., Kerbau, Kelelawar, dan Cacing
  • Israel (Yahudi) Lampaui Kebiadaban Hitler -Erdogan
  • SUBHANALLAH!! INILAH 6 JANJI ALLAH KEPADA YANG SUKA SEDEKAH
  • The Arrivals part 9 (Hashemfilms)
  • Miskin Melarat Yang Hina VS Memilih Miskin Untuk Islam Dilihat Kaya Dan Berwibawa!!
  • REALIZATION OF THE NATIONAL EDUCATION PHILOSOPHY / Merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara
  • Dunia Makin Rosak - Orang Bertaqwa Yang Perlu Menjadi Pemimpin
  • Kain sajadah bercahaya dalam gelap
;