Home » » HUKUM BUTIK YANG MENJUAL PAKAIN MENDEDAH AURAT

HUKUM BUTIK YANG MENJUAL PAKAIN MENDEDAH AURAT

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; A'kum.. Saya yang msih perlukan tunjuk ajar... kepada yang berkaitan, saya ingin menujukan soalan berkaitan pendapatan iaitu :-
1. Apakah hukum pendapatan prniagaan butik atau upah jahit pakaian perempuan yang adekalanye mendedahkan aurat.
2. Adakah terdapat cara-cara membersihkan pendapatan yang kurang berkat? Jika kalau ade, mohon untuk menyatakannye.
Sekian, A'kum.

Jawapan;

1. Pekerjaan menjual pakaian dan mengambil upah menjahit pakaian adalah pekerjaan yang harus pada asasnya dan pendapatan yang diperolehi darinya adalah halal. Namun menjual atau menjahit pakaian yang mendedah aurat merupakan suatu dosa kerana membantu orang lain melakukan perkara yang dilarang Allah (iaitu mendedahkan aurat). Di dalam al-Quran, Allah melarang kita membantu perkara dosa di mana Ia berfirman; "Saling bertolonganlah kamu dalam melakukan kebaikan dan takwa dan janganlah kamu saling bertolongan dalam melakukan perkara dosa dan permusuhan" (al-Quran). Jika keseluruhan atau sebahagian besar pakaian di dalam kedai adalah yang mendedah aurat, haramlah keseluruhan pendapatan yang diperolehi kerana ia adalah tukaran kepada barang yang diharamkan Allah (yakni harga bagi produk yang dilarang agama). Namun jika sedikit sahaja terdapat pakaian yang mendedahkan aurat, pendapatan dari kedai itu tidaklah keseluruhannya haram, namun kewujudan pakaian yang mendedahkan aurat itu menyebabkan pendapatan itu menjadi syubhah kerana bercampur dengan yang haram. Bahagian yang haram itu hendaklah dibersihkan dengan disedekah kepada fakir miskin atau kepada kemaslahatan umum kaum muslimin. Namun seorang muslim tidak boleh berterusan membiarkan diri berada dalam dosa dan bergelumang dengan yang haram. Oleh demikian, ia hendaklah berhenti segera dari menjual pakaian yang mendedahkan aurat itu, bertaubat kepada Allah dan berpada dengan yang halal dalam mencari rezki Allah.

2. Jika kita mengetahui dalam pendapatan kita selama ini bercampur dengan yang haram (yakni terdapat sebahagian darinya datang dari sumber yang haram), wajiblah kita membersihkan bahagian yang haram itu dengan kita menolaknya dari pendapatan kita (atau mengeluarkannnya dari akaun kita) dan diberikan kepada salah satu dari pihak berikut;
a) Fakir dan miskin
b) Kemaslahatan umum kaum muslimin; seperti sekolah, masjid, rumah-rumah kebajikan, pembinaan tempat-tempat awam dan sebagainya yang berkait dengan kegunaan umum kaum muslimin.

Tidak harus wang/harta haram dibelanjakan untuk kegunaan peribadi kita atau orang-orang yang mempunyai hubungan khusus dengan kita (kaum keluarga dan sebagainya) kerana wang/harta haram itu bukanlah milik kita, maka wajiblah kita pulangkan kepada Allah dengan memberinya kepada fakir/miskin atau kaum muslimin agar kita bebas dari tanggungan harta haram itu di akhirat nanti.

Wallahu a'lam.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Tips & Petua! 10 Kegunaan Lain Garam di Rumah Yang Amat Berguna
  • Beribadat 500 Tahun Tidak Menjanjikan Syurga
  • Persandingan menurut Islam
  • Gurau dan Canda Rasulullah SAW
  • Khasiat Biji Betik Yang Tak Ramai Tahu!!
  • Muhammad Ali: Prestasi Saya Yang Paling Hebat Adalah Memeluk Islam
  • Apakah Kekuatan Dan Keagungan Sesuatu Bangsa Itu?
  • Kisah Pemuda DERHAKA Hidang Daging �Khinzir� Buat Ibu Berbuka Puasa, Bila Ibu Meninggal Lihat Apa Berlaku !!!
  • Kisah Iblis Yang Ingin Bertaubat dan Tidak Diterima
  •  Hari-hari Terakhir Seorang MB Selangor.
  • Dirompak Tetapi Sempat Berdakwah
  • Hikmah yang Tersembunyi Ketika Bersujud
;