Home » » Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seorang pemuda bangun awl pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.


Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .


Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Ketika sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan jawapannya tetap sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab "Aku adalah Iblis"


Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah untuk membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa seluruh penduduk kampungmu, jadi saya mesti memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat'.

Moral: Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Ajaibnya Lebah!! Baru Kita Tahu Kenapa Madu Itu Manis
  • Syiah Lahir dari Balas Dendam Majusi yang Berkomplot dengan Yahudi
  • PERMAINAN KOMPUTER YANG MENGHINA ISLAM
  • The Arrivals part 8 (Bukti-bukti mengejutkan tentang Firaun)
  • Tahukah anda Siapa Pembunuh Abu Jahal?
  • Muktamar PAS Ke 59 - Sudah 59 Tahun Usia Perjuangan Dihabiskan!!
  • STRATEGI ROTHSCHILD MENGAWAL MINDA MANUSIA
  • Apa Sudah Jadi? - 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu
  • SUBHANALLAH!! INILAH 30 RAHSIA KEBAIKAN SELAWAT YANG KITA TIDAK SEDARI
  • Fakta Menarik Rejim Kerajaan Arab Saudi
  • 15 Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Syiah Dan Khomeini
  • Artikel Cara Budidaya Timun
;