Home » » Jaga Tujuh Sunnah Nabi

Jaga Tujuh Sunnah Nabi

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.



Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama, tahajjud,
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

"Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi," katanya, dan dengan zikir berbagai kejahatan seperti narkoba, KKN, dan lain-lain dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat haiwan yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Tujuh Hamba yang Akan Dilindungi Allah Pada Hari Kiamat
  • Ustaz Kazim Masuk Hospital
  • Ulat pun Bisa Akrobat (Gambar Lucu)
  • UCAPAN SELAMAT KEPADA ORANG BUKAN ISLAM SEMPENA PERAYAAN MEREKA
  • Subhaanallah, cara lebah berkomunikasi
  • ANAK LUAR NIKAH BERNIKAH DENGAN AYAHNYA SENDIRI
  •  Nenek 101 Tahun Jaga Anak OKU Telah Kembali Kerahmatullah..Al-Fatihah..
  •  TANAMAN OBAT ANDONG
  • 8 Cara Bagaimana Untuk Bertenang-tenang Selalu
  • Rahsia TERSEMBUNYI Waktu Solat
  • Tanaman Bambu Tali Untuk Obat Alternatif
  • Kisah wanita cantik yang membuatkan para Ulama kagum
;