Home » » Pelajaran Hidup Dari Sebatang Pensil

Pelajaran Hidup Dari Sebatang Pensil

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Seorang anak bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat.

"Nenek lagi menulis tentang pengalaman kita ya? atau tentang aku? "

Mendengar soalan si cucu, sang nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya,

"Sebenarnya nenek sedang menulis tentang kamu, tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan ini iaitu PENSIL yang nenek pakai. Nenek berharap kamu bakal seperti pensil ini ketika kamu besar nanti ", ujar si nenek lagi.

Mendengar jawapan ini, si cucu kemudian melihat pensilnya dan bertanya kembali kepada si nenek ketika dia melihat tidak ada yang istimewa dari pensil yang nenek pakai.

"Tapi nek, sepertinya pensil itu sama saja dengan pensil yang lain", Ujar si cucu.

Si nenek kemudian menjawab,

"Itu semua bergantung bagaimana kamu melihat pensil ini. Pensil ini mempunyai 5 kualiti yang boleh membuatmu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau kamu selalu memegang prinsip-prinsip itu di dalam hidup ini ",

Si nenek kemudian menjelaskan 5 kualitas dari sebuah pensil.

Pertama:

Pensil mengingatkan kamu kalau kamu boleh berbuat hal yang hebat dalam hidup ini. Layaknya sebuah pensil ketika menulis, kamu jangan pernah lupa kalau ada tangan yang selalu membimbing langkah kamu dalam hidup ini. Kita menyebutnya Allah, Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya ".

Kedua:

Dalam proses menulis, nenek kadang beberapa kali harus berhenti dan menggunakan rautan untuk menajamkan kembali pensil nenek. Rautan ini pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga dengan kamu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana merekalah yang akan membuatmu menjadi orang yang lebih baik ".

Ketiga:

Pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk mempergunakan penghapus, untuk memperbaiki kata-kata yang salah. Oleh kerana itu memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah hal yang jelek. Itu boleh membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar ".

Keempat:

Bahagian yang paling penting dari sebuah pensil bukanlah bahagian luarnya, melainkan arang yang ada di dalam sebuah pensil. Oleh sebab itu, selalulah hati-hati dan menyedari hal-hal di dalam dirimu ".

Kelima:

Sebuah pensil selalu meninggalkan tanda / goresan ... Seperti juga kamu, kamu harus sedar kalau apapun yang kamu lakukan dalam hidup ini akan tinggalkan kesan. Oleh kerana itu selalulah hati-hati dan sedar terhadap semua tindakan "



Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Khasiat Tanaman Herbal : Violces
  • 5 Tempat Seram Di Malaysia
  • Pengganas Sebenar di Depan Mata Kita
  • Kuwait Akan Edarkan 250000 Naskhah Al-Quran di Piala Dunia Brazil
  • Kisah Si Penggali Kubur Dengan Jenazah Gadis
  • CARA MENANAM APEL PADA MEDIA POT
  • Kisah Teladan Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan
  • Amar Makruf Nahi Mungkar
  • Dimanakah Yahudi bersembunyi ketika dikejar musuh?
  • MENYINGKAP KEWUJUDAN DAJJAL
  • Penganalisis: Kemelesetan Ekonomi Dijangka Paling Lewat 2016
;