Home » » Disebalik haram makan bangkai dan hikmahnya

Disebalik haram makan bangkai dan hikmahnya

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pertama kali haramnya makanan yang disebut oleh ayat al-Quran ialah bangkai, iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih atau dengan berburu.

Hati orang-orang sekarang ini kadang-kadang tertanya-tanya tentang hikmah diharamkannya bangkai itu kepada umat manusia, dan dibuang begitu sahaja tidak boleh dimakan. Untuk persoalan ini kami menjawab, bahawa diharamkannya bangkai itu mengandungi hikmah yang sangat besar sekali:

a) Naluri manusia yang sihat pasti tidak akan makan bangkai dan dia pun akan menganggapnya kotor. Para cerdik pandai di kalangan mereka pasti akan beranggapan, bahawa makan bangkai itu adalah suatu perbuatan yang rendah yang dapat menurunkan harga diri manusia. Oleh kerana itu seluruh agama Samawi memandangnya bangkai itu suatu makanan yang haram. Mereka tidak boleh makan kecuali yang disembelih, sekalipun berbeza cara menyembelihnya.

b) Supaya setiap muslim suka membiasakan bertujuan dan berkehendak dalam seluruh hal, sehingga tidak ada seorang muslim pun yang memperoleh sesuatu atau memetik buah melainkan setelah dia mengkonkritkan niat, tujuan dan usaha untuk mencapai apa yang dimaksudkan. Begitulah, maka arti menyembelih - yang dapat mengeluarkan binatang dari kedudukannya sebagai bangkai - tidak lain adalah bertujuan untuk merenggut jiwa binatang kerana hendak memakannya.

Jadi seolah-olah Allah tidak rela kepada seseorang untuk makan sesuatu yang dicapai tanpa tujuan dan berfikir sebelumnya, sebagaimana halnya makan bangkai ini. Berbeza dengan binatang yang disembelih dan yang diburu, bahawa keduanya itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan tujuan, usaha dan perbuatan.

c) Binatang yang mati dengan sendirinya, pada umumnya mati kerana sesuatu sebab; mungkin kerana penyakit yang mengancam, atau kerana sesuatu sebab mendatang, atau kerana makan tumbuh-tumbuhan yang beracun dan sebagainya. Kesemuanya ini tidak boleh dijamin untuk tidak membahayakan, Contohnya seperti binatang yang mati kerana sangat lemah dan kerana keadaannya yang tidak normal.

d) Allah mengharamkan bangkai kepada kita umat manusia, bererti dengan begitu Ia telah memberi kesempatan kepada haiwan atau burung untuk memakannya sebagai tanda kasih-sayang Allah kepada binatang atau burungburung tersebut. Kerana binatang-binatang itu adalah makhluk seperti kita juga, sebagaimana ditegaskan oleh al-Quran.

e) Supaya manusia selalu memperhatikan binatang-binatang yang dimilikinya, tidak membiarkan begitu sahaja binatangnya itu diserang oleh sakit dan kelemahan sehingga mati dan hancur. Tetapi dia harus segera memberikan pengubatan atau merehatkan.



Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Pohon Kokoleceran Maskot Provinsi Banten Yang Misterius
  • Kisah Hidangan Dari Langit
  • Kisah Remaja Pilihan - Bagaimana Hatinya Dengan Perkahwinan?
  • UCAPAN SELAMAT KEPADA ORANG BUKAN ISLAM SEMPENA PERAYAAN MEREKA
  • Hari Ini, 11 Tahun Syeikh Ahmad Yasin Wafat
  • 10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita
  • Ciri-ciri Sarang Walet Berkualitas Baik
  • CARA BUDIDAYA TANAMAN LIDAH BUAYA
  • Teladan Bersedekah Tak Kira Pada Siapa  - Manusia Atau Haiwan
  • Gambar Bas Jatuh Gaung di Genting Highland
  • Yayasan Ford Penyumbang Dana Utama Operasi CIA
  • Tujuh Kunci Penjuru Kebahagiaan
;