Home » » Watak komik superhero ala Islam

Watak komik superhero ala Islam

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Para ekstremis hanya boleh dikalahkan dengan kebudayaan, kata Naif Al-Mutawa. Dia menciptakan 99 hero komik sebagai model ikutan sifat-sifat baik al-asma al-husna.

"Ayah saya mula curiga apabila saya berkata ingin mengikuti bidang psikologi. Tapi ketika saya memutuskan mahu menulis buku komik di usia 32 tahun, ayah saya marah," Kamu sudah gila? "Demikian katanya di akhbar NRC Handelsblad, Khamis (05/01/2012) , sebagaimana dilaporkan Radio Nederland.

Psikologi klinikal Al-Mutawa lapan tahun lalu memilih jalan hidup lain. Di tanah kelahirannya Kuwait, dia mendirikan Teshkeel Media Group, sebuah syarikat multimedia dengan 54 pelabur dari pelbagai negara, di antaranya Amerika Syarikat, Mexico dan Saudi Arabia.
Teshkeel Media Group menerbitkan komik yang bercerita tentang 99 watak hero super ciptaan Al-Mutawa. Komik "THE 99" dibaca sejak akhir 2006 oleh anak-anak di sebahagian besar negara Arab dan Asia Tenggara.

Watak-watak komik diciptakan dengan kerjasama Stuart Moore dan bekas pegawai Marvel Comics dan DC Comics lain. Yang membuat komik ini istimewa adalah cerita di balik watak-watak hero ini berdasarkan pada tradisi Islam.

"Memang ke-99 tokoh masing-masing membawa nama Allah, yang mewakili sifat Tuhan. Salah satu hero yang paling penting adalah raksasa baik hati Jabbar" The Powerful ", yang kekuatan supernya sama dengan Hulk, iaitu membesarkan diri, tulis NRC Handelsblad.

Di salah satu ilustrasi, kelihatan tokoh hero asal Indonesia; Fata "The Opener". watak dituliskan bernama asli Toro Ridwan, dengan tinggi badan 168 cm, berat badan 64 kg, mempunyai warna mata coklat dan rambut berwarna hitam.

Sifat dasar Islam

"Saya menterjemahkan sifat-sifat Tuhan, katakanlah archetypes (sifat dasar, Red.) Islam, seperti kemurahan hati dan mencintai kedamaian ke tingkatan manusia," kata Al-Mutawa.

Selain sifat "super" masing-masing, setiap hero juga datang dari negara yang berbeza-beza. Sekitar setengahnya terdiri dari perempuan, hanya sebahagian kecil daripada mereka yang memakai tudung. "Individu penting sekali," kata Al-Mutawa.

"Saya solat, puasa selama Ramadhan, tapi agama adalah hal yang sangat personal bagi saya. Anda tidak perlu pemimpin agama yang menekankan bagaimana anda harus menjalankan agama anda. Tuhan tidak perlu perantara. Berfikir sendiri, itu yang ingin saya ajarkan kepada anak-anak. "

"Tapi tetap saja komik ini sifatnya sekular," kata Al-Mutawa. "Tidak ada rujukan terus ke Islam, atau al-Quran."  - dipetik dari kompas.com

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Sambutan Maulid Rasul Saw. GISB / YKPPM Di Bandar Country Homes, Rawang.
  • Ujian Ketika Umrah - Duit Yang Datang Setelah Yang Lain Diuji Duitnya Hilang
  • HUKUM TAHI CICAK DAN TAHI ANJING KERING
  • Nilai Seorang Menantu Lelaki Di Sisi Seorang Ayah
  • HARI SABTU HARI YAHUDI
  • Sumpah Ibu: Susu Meleleh Keluar Dari Mulut
  • SEKILAS TENTANG TANAMAN GAHARU
  • CARA MERAWAT BURUNG ANIS MERAH TROTOL
  • Hari Qiamat disoal tentang umurnya,ilmu dan hartanya
  • Enggan Berjabat Tangan Dengan Atlet Israel, Islam El Shehabi Dihantar Pulang
  • Cara Berprasangka Baik
  • Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki
;