Home » » Berkat di sebalik membaca Bismillah, satu kisah...

Berkat di sebalik membaca Bismillah, satu kisah...

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

- sumber al-munir.edu.my


Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •  Nabi Muhammad Menerangkan Bagaimana Orang Baik-Baik Boleh Menyebabkan Islam Dibenci Orang
  • Siapa Berminat? Wanita Saudi Rela Bayar 1,3 Juta Dolar untuk Cari Suami yang Sesuai
  • Pernikahan Sebagai Satu Ibadah
  • Kawan Lama - Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah Menulis Tentang Al-Marhum Ustaz Ashaari
  • Sejarah Masjid Biru Istanbul Turki
  •  12 Gambar Kemalangan Yang Pasti Sukar Di Tafsir Bagaimana Ianya Berlaku
  • Basyar Al-Assad keturunan Yahudi Iran?
  • Makna Silaturrahim dalam Sabda Nabi Muhammad
  • Presiden Mesir- Mohamed Morsi Digulingkan - Apa Yang Sebenarnya Berlaku?
  • Luahan hati Seorang Pensyarah Untuk Pelajar Kolej (Dan Remaja)?
  • HAKIKAT DISEBALIK KEBULURAN DI DUNIA
  • Perbezaan  Besar Antara Sunni Dan Syiah
;