Home » , » Adakah Syirik Sudah Tidak Wujud Lagi?

Adakah Syirik Sudah Tidak Wujud Lagi?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.



Assalamualaikum w.b.t

Saya terjumpa satu video seorang ulama' Sufi yang menyatakan syirik tidak akan berlaku kepada umat ini. Bahkan ulama' sufi itu mengkritik segelintir aliran dakwah yang asyik menyeru manusia meninggalkan syirik.

Hujah ulama' sufi ini merupakan hadis sahih:


عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ , قَالَ : " صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَتْلَى أُحُدٍ بَعْدَ ثَمَانِي سِنِينَ كَالْمُوَدِّعِ لِلْأَحْيَاءِ وَالْأَمْوَاتِ , ثُمَّ طَلَعَ الْمِنْبَرَ فَقَالَ : " إِنِّي بَيْنَ أَيْدِيكُمْ فَرَطٌ , وَأَنَا عَلَيْكُمْ شَهِيدٌ , وَإِنَّ مَوْعِدَكُمُ الْحَوْضُ وَإِنِّي لَأَنْظُرُ إِلَيْهِ مِنْ مَقَامِي هَذَا , وَإِنِّي لَسْتُ أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا وَلَكِنِّي أَخْشَى عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا أَنْ تَنَافَسُوهَا "

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendoakan para korban Uhud setelah lapan tahun, seolah-olah seperti perpisahan antara orang yang hidup dengan orang yang telah mati. Kemudian baginda s.a.w naik ke mimbar seraya bersabda: Sesungguhnya aku mendahului kalian, dan aku adalah saksi ke atas kalian. Sungguh, yang dijanjikan bagi kalian adalah telaga, dan aku benar-benar telah melihatnya di tempatku ini. Aku tidak khuatir kalian akan melakukan syirik, akan tetapi aku khuatir tentang dunia yang akan kalian rebuti.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi (Peperangan), Bab Perang Uhud, hadis no: 3763]

Alhamdulillah, hasil carian saya, akhirnya saya menemui penjelasan para ulama' di sini:


Saya ingin memetik pernyataan al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah dalam Fathul Bari yang jelas menyatakan kata-kata di atas, Rasulullah s.a.w tujukan kepada para sahabatnya, bukan untuk seluruh umat ini.



وأن أصحابه لا يشركون بعده فكان كذلك ، ووقع ما أنذر به من التنافس في الدنيا

Sahabat-sahabatnya tidak akan mensyirikkan Allah selepas kewafatannya. Dan keadaan mereka (para sahabat) memang benar-benar seperti itu. Dan apa yang beliau ingatkan tentang perebutan hal keduniaan juga telah berlaku.

Saya juga terjumpa link ini membahas isu ini dengan lebih jelas:


Maka, Alhamdulillah, akhirnya Allah membuka kabus kekeliruan yang timbul tatkala saya mendengar kata-kata Habib tersebut dalam video itu.

Cukuplah hadis di bawah, yang mana antara wasiat akhir nabi s.a.w ketika baginda nazak yang akhirnya wafat:



عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ : " لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ ، وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسْجِدًا "

'Aisyah r.a menceritakan, ketika nabi s.a.w sedang sakit yang akhirnya baginda wafat disebabkan sakit itu, baginda s.a.w bersabda:

Allah melaknat Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz (Jenazah), Bab Dibenci Menjadikan Kubur Sebagai Masjid, : 1251]

Moga Allah beri petunjuk kepada kita semua, menyatukan hati-hati kita di atas jalan kebenaran. Amin Ya Allah.

Sebarkan Tauhid dengan kasih sayang :) 



Di Tulis Oleh:-

http://khalifahalhidayah.blogspot.com

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.


 
 Share
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA.. 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Sudah Masuk Islam - Apa Langkah Seterusnya?
  • Orang Terbodoh di Dunia
  • IBU TIRI KEPADA ISTERI; ADAKAH MENJADI MAHRAM SUAMI?
  • Subhanallah, 14 Kemuliaan Wanita Muslimah Yang Sedang Hamil
  • Tips Penjagaan Buah Pinggang..Jom Amalkan!!
  • Patung mainan berupa dajjal mata satu
  • Cara China Menyensor Jejaring Sosial
  • Otak Bertambah Aktif Semasa Berzikir
  • Kisah Benar - Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Di beri Balasan Serta Merta
  • Majlis Pelupusan Bahan Menyalahi Fatwa GISB HOLDING - Catatan Sejarah Yang Amat Bermakna!!
  • Bekas pemain U16 dan U17 Jerman syahid di Syria
  • Gred Dalam Solat
;