Home » » Isteriku tidak cantik

Isteriku tidak cantik

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Istriku tidak cantik, standard dan biasa saja. Aku juga sedar bahawa dia tidak cantik dan kalau bersanding denganku maka aku nampak lebih rupawan dari dia. Badannya kecil ada di bawah dada, juga kulitnya agak hitam, lebih putih kulitku, satu lagi kakinya agak pincang, yang kanan lebih kecil sedikit daripada yang kiri. Aku menyedarinya ketika aku sudah berkahwin, namun aku sedar bahawa aku telah memilih dia dengan ikhlas dihatiku, kan aku yang memilih, bukan dia yang memaksa, dan walau istriku tidak cantik, namun aku mencintainya. Allah taburkan rasa cinta itu ketika malam pertama aku bersamanya.

Dimataku dia tetap tidak cantik, namun aku selesa bila melihat senyumannya. Dia selalu menerima apa adanya aku, sempat aku pulang tidak bawa gaji seperti yang dijanjikan di lembar penerimaan pekerja bahawa gajiku tertera 4 juta sekian-sekian, namun kerana aku selalu terlambat dan juga sering bolos lantaran menghantar si kecil ke rumah sakit dan juga si sulung ke sekolah maka hampir 40% gajiku dipotong. Subhanallah dia tidak bersungut, malah akan bersiap menukar menu makanan dengan yang lebih sederhana dan berkeras meminjam komputer butut kami untuk menulis artikel yang dikirimkannya ke beberapa majalah yang kadang-kadang satu atau dua artikel ditayangkan, dan baginya itu sudah Alhamdulillah dapat menambah sambung susu anakku.

Istriku tidak cantik, namun aku ingat, banyak sekali sumber daya alam yang buruk bahkan legam dan membuat tangan kotor namun tetap dicari, diburu dan dipertahankan orang, seperti arang. Istriku mungkin bukan emas, dia mungkin batubara, keberadaannya selalu menghangatkan hatiku dan selalu membuatku tidak merasakan resah. Aku membayangkan bila aku menyimpan arang batu satu kilo dirumahku dibandingkan dengan menyimpan emas satu kilo dirumahku, maka aku tidak akan dapat berjaga semalaman bila emas yang kusimpan. Namun bila batubara yang ku simpan, aku masih punya izzah ada barang yang ku simpan yang cukup berharga, namun aku tetap dapat tidur nyenyak dengannya.

Bayangkan bila isteriku sangat cantik, mungkin aku tidak akan tenang membayangkan dia ke pasar dilirik semua lelaki, membayangkan dia sms-an dengan bekas kekasih-kekasihnya dulu, membayangkan mungkin dia bosan padaku. Akh .. aku bersyukur isteriku tidak cantik sehingga aku boleh tidur nyenyak walau banyak nyamuk sekalipun. Istriku tidak cantik, namun dia adalah isteri yang terbaik untukku.

Pesanku: aku selalu melihat sisi baik dari isteriku yang membuatku merasa sama dan selesa dengannya. sumber eramuslim.com

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Bahaya Jawab Telefon ketika Bangun Tidur
  • Gempa Bumi : Waktu dan Nombor Surah , Kuasa Allah yang saja Mengetahui
  • Asap bagi satu lingkaran ubat nyamuk menyamai 100 batang rokok !
  • Kasih Ibu Tidak Ternilai
  • Seramai 150 000 orang Yahudi berkhidmat dalam Tentera Hitler
  • Wanita Pertama Masuk Syurga Adalah Isteri Penghibur Suami.
  • Benarkah Pengikut Syiah Di Malaysia Melebihi Sejuta Orang?
  • Iklan Syaitan dan Aurat
  • Ada yang Kita Suka Tapi Mungkin Disisi Allah Sebaliknya
  • Nama Latin Hewan Dan Tumbuhan Yang Terkesan Jorok
  • Kisah Masyarakat  - Jenazah Tidak Mahu Diuruskan Oleh Imam
  • Madu Lebah Dan Kayu Manis - Siapa Pernah Terfikir?
;