Home » , » Kini Amerika di serang bala nyamuk pembawa West Nile

Kini Amerika di serang bala nyamuk pembawa West Nile

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Puluhan nyawa melayang, virus ini membawa masalah kepada AS

Para pegawai Jabatan Kesihatan Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini mengatakan kes virus West Nile naik lebih dari 40 peratus selama satu minggu kebelakangan, dan meragut secara keseluruhan 66 nyawa di negeri tersebut sepanjang tahun ini.

Menurut jumlah baru yang diumumkan oleh US Centers for Disease Control and Prevention di dalam taklimat melalui telefon, 48 negara bahagian AS telah melaporkan 1.590 penularan virus itu pada manusia hingga Selasa (28/8), termasuk 66 kematian.

Jumlah tersebut merupakan lonjakan 42 peratus jumlah kes itu dan peningkatan 61 peratus jumlah kematian dalam satu pekan.

Jumlah kes manusia juga menandakan peningkatan tertinggi penularan virus tersebut, menurut perhitungan hingga pekan terakhir Ogos sejak virus itu pertama kali dikesan di negeri tersebut pada 1999, kata pusat itu.

Namun mengenai catatan sepanjang tahun, pada 2003 terdapat 9.862 kes Virus West Nile yang dilaporkan di Amerika Syarikat, dan 2002 menghadapi lebih dari 4.100 kes termasuk lebih dari 260 kematian.

Dr. Lyle Petersen, Pengarah di pusat itu, berkata jumlah penularan virus tersebut tahun ini dijangka akan naik.

Lebih daripada 70 peratus kes telah dilaporkan dari enam negara bahagian - Texas, South Dakota, Mississippi, Oklahoma, Louisiana dan Michigan. Texas adalah negara bahagian yang menghadapi kes terbanyak, dengan 45 peratus kes penularan dan 31 kematian di seluruh negara bahagian itu.

Berdasarkan pengalaman sebelumnya, para pegawai kesihatan persekutuan tak menduga Badai Isaac, yang pada Rabu (29/8) kekuatannya turun jadi Taufan Tropika lagi, mempunyai kesan besar pada penyebaran virus tersebut tahun ini.

Virus West Nile adalah penyakit yang disebarkan oleh nyamuk yang biasanya terdapat di kawasan bertemperatur sedang dan tropika dan boleh mengakibatkan penyakit saraf serius pada sebahagian kes. Gejala yang ditimbulkan oleh virus itu meliputi badan terasa lemas, pusing, mual, sakit kepala, dan demam secara mendadak.
Sumber antaranews.com

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Sunah Setelah Bangun Tidur
;