Home » » Mekah kawasan bebas dari gempa bumi

Mekah kawasan bebas dari gempa bumi

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Mekah menjadi bandar paling selamat dari gegaran gempa dalam seratus tahun akan datang. Teori itu dilontarkan Ali Al-Syukri, seorang saintis dari Universiti King Fahd, Dhahran, Arab Saudi. Ia menganggarkan gempa hebat tidak akan menggoncang Saudi hingga satu abad mendatang.

Ali mendedahkan, selama ini getaran dalam lapisan bumi di sekitar Saudi belum melebihi 4.5 Skala Richter. Seperti dilansir arabnews, Khamis (6/9), Ketua Jabatan Ilmu Astronomi ini mengatakan gempa 4.5 Richter terakhir kali menggoyang pada Ahad (2/9) minggu lalu. Gempa ini berpusat di Pulau Farasan, Laut Merah, dengan kedalaman 181 kilometer di bawah permukaan laut.

Dari gambar satelit menunjukkan plat tektonik Arab dan plat gempa Afrika telah bergerak saling menjauhi. Hal itu menyebabkan lapisan kerak bumi yang berasingan dan melebar ke arah selatan Laut Merah.

Gempa biasanya dirasakan warga di sebelah barat dan barat daya Laut Merah. Sedangkan lindu-lindu ringan jarang dirasakan masyarakat Saudi. Getaran itu, ujar Ali menjelaskan, boleh dirasakan kebanyakan kerana pengeboran minyak dan penghancuran gunung batu.

Ada 50 stesen pemantau gempa dan 150 pos lain yang berfungsi memantau gempa. "Keupayaan mengukur besaran getaran gempa bumi di Saudi memang boleh dilakukan hingga lima ribu kilometer," ungkap Syukri.

Ia memberi amaran agar pembangunan gedung-gedung pencakar langit sebaiknya menggunakan bahan berkualiti baik sehingga tahan terhadap gempa. Jika Saudi aman dari ancaman gempa, sekurang-kurangnya Kaabah di Masjidil Haram, Mekah akan tetap kukuh berdiri sehingga satu abad ke depan.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Ucapan Ratu Elizabeth untuk Perang Dunia ke 3
  • Kehebatan Tentera Muhamad Al-Fateh Khalifah Uthmaniah
  • Jaga Solat Anak-Anak Kita Semua...
  • Sebidang tanah dibeli dari gereja untuk membina sebuah masjid baru
  • Aku Benci Islam, Tapi Aku Akhirnya Mencari Takdirku.
  • Teknik Menanam Pohon  Buah Alpukat
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
  • 5 Sepeda Motor Termahal di Dunia
  • Bukan Israel, tapi Zionis Yahudi
  • Kekayaan, Kesenangan Dan Kemewahan Hanya Sekejap - Penderitaanlah Yang Lebih Lama dan Panjang
  • Pemeliharaan Larva dan Panen Bibit Lele Sangkuriang
  • Umur 40 Tahun - Di Mana Kita?
;