Home » » Orang muslim di Jepun dan kesusahannya

Orang muslim di Jepun dan kesusahannya

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Jumlah Muslim di Jepun mencapai 100 ribu orang, dan mereka mempunyai 40 masjid untuk menunaikan ibadah dan ritual-ritual keagamaan mereka di sana.

Dengan jumlah penduduk mencapai 128 juta, Jepun merupakan negara yang kesepuluh dengan jumlah keseluruhan populasi terbanyak di dunia. Tokyo, bandar ini menampung sekitar 35 juta orang yang merupakan bandar dengan penduduk terbesar dan dengan kos hidup termahal di dunia.

Meski Islam memasuki wilayah Asia timur pada abad pertama Hijrah, akan tetapi agama Islam masuk ke Jepun pada abad ke-19 Masihi. Sejak tahun 1867, warga Jepun dapat menjalin hubungan dengan negara-negara lain khususnya umat Islam.
Sekarang ini di Jepun tercatat sekitar 100 ribu Muslim hidup di negara itu yang 90 peratus adalah para pendatang dari Indonesia, Pakistan, Iran dan Bangladesh. Sementara 10 peratus selebihnya adalah warga pribumi.

Masjid pertama di Jepun adalah masjid Kobe yang dibina tahun 1935. Masjid Tokyo di bangun pada tahun 1938 dan pada tahun 1990 mengalami pengubahsuaian. Masjid mempunyai peranan besar dalam kehidupan umat Muslim Jepun, mengingat masjid telah memudahkan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas agama mereka.

Lembaga-lembaga Islam di Jepun dibentuk dengan tujuan perluasan kerjasama di antara warga Muslim Jepun dan juga perolehan buku-buku agama dan kebudayaan Islam untuk warga Muslim negara ini.

Saat ini ada 30 hingga 40 masjid di Jepun. Di negara ini, masjid mempunyai beberapa fungsi, selain untuk solat berjemaah, juga menjadi tempat untuk aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial, pertemuan dan bahkan tempat untuk membincangkan ekonomi.

Perlu disebutkan pula bahawa sekitar 100 tahun lalu, di Jepun hanya ada dua masjid yang kini jumlahnya mencapai 40 bangunan.

Salah satu halangan utama yang dihadapi warga Muslim Jepun adalah buku-buku fiqh dan hadis yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Selain itu, mengingat Muslim adalah kelompok minoriti, maka kesulitan lain yang juga tak kalah besarnya adalah susahnya mencari produk makanan yang halal
Umber republika.co.id

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Banyakkan Beristighfar Setiap Hari
  • Surat Perpisahan
  • Keunikan berpuasa di Amerika
  • Artis-artis Illuminati
  • Info Berguna! Ini 10 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Tekanan
  • Bukti Kebenaran Al-Quran, Tumbuham Bertasbih Kepada Allah
  • Perkuburan Syara'iek Di Tanah Haram
  • Orang Yang Disukai Oleh Dajjal
  • PENJAGA MAKAM NABI PERNAH BERMIMPI RASULULLAH,INI PESANANNYA PADA GOLONGAN MUSLIMIN
  • Kes Bunuh Diri di Singapura Catat Tertinggi
  • Yang Hendak Menjadi Pemimpin Itu Ramai, Yang Berkepimpinan Sudah Tiada
  • 5 Amalan Pembuka Pintu Rezeki
;