Dalam mengenang saat-saat manis kita sampai terpacul inginkan situasi sebegitu berulang semula. Demikian juga kenangan pahit, sulit dan sukar yang pernah ditempuh di dalam hidup merupakan suatu azimat penguat semangat pada masa kini. Kadang-kadang rasa syukur yg teramat sangat menyelinap masuk ke hati mengenangkan kasih sayang Tuhan melepaskan kita dari semua masalah tersebut. Inilah hakikat kehidupan. Kita dipertemukan untuk saling kenal mengenal. Kepelbagaian latar belakang, watak dan budi pekerti adalah untuk menguji ketulusan kita berkawan, kerana dan untuk Tuhan. Orang yang hatinya kuat dengan Tuhan akan mampu berhadapan dengan siapa sahaja. Berperangailah seperti syaitan di hadapannya, dia akan tetap tenang seperti malaikat! Hakikatnya perkenalan sesama manusia adalah ujian kesabaran dan kesetiaan. Ramai yang hanya berkawan ketika senang dan selesa. Ketika susah dan ujian datang menimpa kita, barulah kita kenal siapa kawan sejati dan setia. Berguru dan bermursyid lebih-lebih lagilah!! Apatah lagi mursyid yang mengajak berjuang dan berkorban. Di kala perjuangan dilihat santai, ada pula kepentingan diri yang mahu diisi, ramai yang berkata sanggup menjadi murid sejati. Tetapi bila kapal perjuangan menempuh ombak badai,ribut taufan yang bergelora, pengikut dan kawan setia yang tinggal hanya boleh dibilang dengan jari. Setiap orang sedang diuji oleh Tuhan dengan berbagai ujian perkenalan dan kesetiaan. Mampukah kita melepasinya? Diwaktu kita bertemu kawan lama, adakah terfikir kita juga akan bertemu semula di Padang Mahsyar; diperhitung nilai perhubungan kita sesama kita. Walaupun teman atau rakan kita itu sudah lama terputus hubungan tetapi selagi ada dosa dan kesalahan sesama kita, pastilah nanti di depan Tuhan kita dipertemukan. Apatah lagi dosa dengan mursyid! Walau ke hujung dunia kita menyembunyikan diri, pastilah dosa itu menyesakkan hati sendiri. Orang yang ikhlas dengan Tuhannya akan selalu memurnikan nilai hatinya berkaitan hal ini! Justeru hubungan sesama kita sangat besar kesannya pada keselamatan kita di dunia dan akhirat. Sent from my BlackBerry® smartphone from Zain
0% penuh Menggunakan 0 GB daripada 10.1 GB anda ©2012 Google - Syarat & Privasi Aktiviti akaun terakhir: 15 minit yang lalu Butiran |
Home »
KAWAN KENALAN
» Hidup untuk saling kenal mengenal
Hidup untuk saling kenal mengenal
Posted by CB Blogger
Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
0 ulasan:
Catat Ulasan