Home » » Mengapa Ariel Sharon susah mati?

Mengapa Ariel Sharon susah mati?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


11 Februari 2006 BBC menuliskan keadaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon.

Kesihatan Sharon sangat teruk. Dia menjalani pembedahan kecemasan selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami stroke kritikal dan menjalani beberapa siri operasi.

Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan operasi serta merta dan mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel itu.

Diberitakan bahawa doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi khas. Dia mempunyai kesan luka teruk dan tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah rosak dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.

"Nyawa Sharon terancam," kata jurucakap hospital, Yael Bossem-Levy kepada agensi berita Associated Press ketika itu.
Selepas empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melaporkan keadaan terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober 2009.

Akhbar terbitan Israel "Hume Israel" mengutip maklumat ini dari salah sebuah majalah elektronik harian terkemuka di Israel. Media ini melaporkan keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam tahun.
Majalah ini menuliskan bahawa keluarga Sharon masih menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa Sharon masih hidup. Salah seorang dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di sampingnya dan memberitahu perkembangan ternakan lembu yang dia miliki di daerah Selatan Israel. Disamping itu dia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.

Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus jadi seperti ini, Solomo Segev doktor senior yang merawatnya berkata, "Kalau dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun". Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan tetap dengan keadaannya seperti ini sehingga usianya melepasi 90 tahun.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kisah Seorang Pakcik Tua…
  • Alat Yang Berguna Untuk Memancungkan Hidung
  • Bawang Putih Mampu Membersihkan Plak Di Pembuluh Darah
  • Hikmah di Balik Gerhana, Menurut Pandangan Islam
  • IMAM TERLEBIH RAKAAT; APA YANG PERLU MAKMUM LAKUKAN?
  •  Munajat Pengaduan Umat Akhir Zaman Kepada Allah Dan Rasul (2)
  • ISTIQAMAH AMALAN SEPANJANG RAMADHAN
  • Syaitan bisu
  • Saksikan!! Bentuk Topeng Yang Digunakan Sebagai Hukuman Wanita Yang Kuat Membebel Pada Kurun Ke 16
  • 18 sebab jin merasuk manusia
  • Menunda Mandi Junub, Ini Ancamannya
  • Zulkifli Albakri dilantik mufti baru Wilayah Persekutuan
;