Home » » "Singa Betina" Tentera wanita Assad

"Singa Betina" Tentera wanita Assad

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Pemimpin rejim Syiah Nushairiyah Bashar Assad, telah merekrut brigade wanita untuk menjaga pos-pos pemeriksaan dan melakukan operasi ketenteraan, sebagai usaha untuk membebaskan tentera lelaki untuk memerangi Mujahidin, menurut laporan Independent UK pada Selasa (22/1/2013).

Dengan memakai pakaian seragam tentera lengkap dengan senjata Kalashnikov, tentera wanita itu yang digelar "Singa Betina Pertahanan Nasional" adalah sebahagian dari pasukan paramiliter. Mereka dilaporkan telah dikerahkan di Homs.
Abu Rami, jurucakap Suruhanjaya Umum Revolusi Syria di Homs, mengaku pertama kali melihat para tentera wanita itu sekitar minggu lalu di persekitaran Tadmour di pinggiran kawasan Alawiyah, sebelum aktivis lainnya merakam gerakan mereka. Video, yang dirakam secara sembunyi, menunjukkan sekitar enam tentera wanita Nushairiyah menjaga sebuah persimpangan besar.

"Saya sangat terkejut, ini pertama kalinya kami melihat ini," katanya. "Saya rasa ini adalah alasan untuk membuat FSA membunuh para wanita dan kemudian menunjukkannya kepada dunia sebagai propaganda (bahawa mujahidin membunuh wanita), tetapi siapa saja yang bersenjata adalah target yang sah."

Abu Rami juga mengatakan bahawa para tentera wanita rejim itu juga kelihatan di kawasan Wadi al-Dahab, di mana sekitar 500 tentera dilaporkan sedang melakukan latihan ketenteraan di sebuah pangkalan.

Walid al-Faris, seorang aktivis di Homs, menggambarkan bahawa kumpulan tentera baru ini adalah militia Syiah Shabiha juga dengan nama yang berbeza.

Assad memerlukan dorongan psikologi sehingga memerlukan pasukan tambahan bagi menghadapi para Mujahidin.

"Assad perlu orang-orang untuk menjadi tentera di titik ini," kata Emile Hokayem, seorang pakar Syria di Institut Antarabangsa dalam Kajian Perancangan.
Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber arrahmah

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Teguran Tun Dr Mahathir Muhammad Kepada Dato Seri Mohd Najib
  • Cara Budidaya Ikan Baronang
  •  Kisah Makcik Dilayan SOMBONG Oleh Kerani Bank… Apa Yang Terjadi Kepada Kerani Selepas Itu AMAT MENGEJUTKAN !!!
  • Projek Keretapi Halaju Tinggi Al-Haramain
  • "THANK YOU SATAN" muncul dimainkan secara terbalik dari "YES WE CAN"
  • Subhaanallah, meteor jatuh di Rusia
  •  Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
  • Kehilangan MH370 - Dedahkan Kelemahan Satelit
  • Al Quran Unik, Ditulis dengan Getah Kurma
  • Isu Panas!! Tan Sri Muhyiddin Tidak Akan letak Jawatan - Ini Laporannya
  • Mengupas Misteri Keajaiban Air Zam Zam
  • Apa Warna Air Kencing Kata Tentang Kesihatanmu
;