Home » » Bekas Setiausaha Agung Syiah Hizbullah: 'Pejuang Hizbullah yang berperang di Syria masuk neraka'

Bekas Setiausaha Agung Syiah Hizbullah: 'Pejuang Hizbullah yang berperang di Syria masuk neraka'

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Malang sungguh nasib para pejuang Syiah Hizbullah Lebanon yang berjuang membela rejim Assad di Syria.

Bekas Setiausaha Agung gerakan penentangan Syiah Hizbullah Lebanon, Syaikh Sobhi Tfaili mengecam campur tangan pejuang Syiah Hizbullah dalam konflik Syria, berkata mereka yang terbunuh di Syria akan "pergi ke neraka" dan tidak dianggap syuhada.

Dalam satu wawancara televisyen, Tfaili menegaskan bahawa Hizbullah memang berjuang bersama rejim di Syria.

"Anggota Hizbullah yang membunuh kanak-kanak, membunuh warga dan menghancurkan rumah-rumah di Syria tidak akan menjadi Syuhada dan kematian mereka akan berakhir di neraka," tegasnya.

Tfaili menambah bahawa Syiah di Syria tidak perlu siapa pun untuk berdiri membela mereka.

"Syiah di Syria tidak perlu siapa pun untuk membela mereka. Kami adalah orang-orang yang menyebabkan mereka kesulitan. Masjid Sayyidah Zainab tidak memerlukan perlindungan kerana sayyidah Zainab juga dicintai oleh kaum Sunni, "ujarnya, merujuk kepada laporan bahawa pejuang Syiah Hizbullah dikerahkan di sekitar masjid untuk mempertahankan masjid tersebut.

Dia menambah bahawa pejuang Hizbullah di Syria hanya hadir untuk mempertahankan rejim dan tindakan jenayah mereka.

Pada bulan Oktober 2012, pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah mengakui bahawa anggota partinya telah berjuang menentang kelompok pembangkang Syria, namun mengatakan mereka bertindak sebagai individu dan tidak di bawah arahan parti.

Tfaili juga mengkritik tentera Lubnan yang tidak melarang warga Lebanon di Hermel pergi ke Syria untuk berperang.

"Kenapa tidak tentera Lebanon mencegah warga Lebanon di Hermel pergi ke Syria untuk berperang? Kenapa tidak boleh melindungi warga di bandar-bandar yang bersempadan dengan Syria? "Tanyanya.

Tfaili juga menuduh Hizbullah bertanggung jawab atas setiap orang Syiah yang tewas di Syria dan memberi amaran bahawa "musuh Israel" merupakan penerima keuntungan pertama dari perjuangan Syiah Hizbullah di sana.
Diterjemahkan dari sumber islampos

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • 20 Empayar Terbesar Yang Pernah Wujud di Muka Bumi - BHG 2
  • Pembuatan Pakan Murah untuk Ayam Buras
  • Tujuh Cara Menghalau Lalat
  • 4 golongan lelaki yang ditarik masuk neraka oleh wanita
  • 7 Istilah Menyeramkan yang Disematkan Al-Quran Kepada Kaum LGBT
  • Alam Haiwan - Teknik Penyamaran
  • BUDIDAYA TANAMAN BUNGA MATAHARI YANG BENAR
  • Jika Amalan Dinilai Pada Ikhlas, Apakah Amalan Yang Mudah Untuk Mendapat Keredhaan Allah?
  • Mata Yang Tidak Menangis di Hari Kiamat
  • Apa Itu Pentadbiran Majlis Hablum Minallah?
  • Lionel Messi dan Zionis Israel
  • MUSTAFA KAMAL ATATURK PEMIMPIN YANG MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM
;