Home » » Surat Kepada Syurga - Bacalah Kerana Inilah Juga Hasrat Kita Semua

Surat Kepada Syurga - Bacalah Kerana Inilah Juga Hasrat Kita Semua

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Surat Kepada Syurga


Wahai Syurga,
Malunya aku setiap kali memberi salam 
di akhir sembahyang. 
Diriku malu sendiri di atas permohonanku 
kepada Allah untuk mendapatkanmu. 
Sedangkan aku sangat tahu dan sedar 
bahawa diriku amatlah tidak layak. 
 
Mana mungkin orang sejahat aku bisa memasukimu? 
Mana mungkin diri yang masih diselaputi dosa dan noda ini 
boleh duduk-duduk di dalammu. 
Sedangkan dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu 
entah bilakan terampun! 
Taubatku masih penuh kepura-puraan. 
Walau sudah ku usahakan bertaubat atas taubatku yang palsu…

Wahai Jannatul Firdaus,
Khabarnya kau hanya menerima orang–orang 
yang memiliki hati yang selamat dan sejahtera, 
sedangkan hatiku amat kotor, penuh dengan karat-karat mazmumah. 
 Pemarah, pemalas, ujub, ego, bangga diri, cinta dunia, takut mati, 
masih bersarang dalam hatiku ini. 
Entah bilakan terubat, aku pun tidak pasti. 
Sudah kupencakkan semuanya, 
namun ianya masih berbaki.

Oh Syurga,
Bagaimanakah caranya lagi untuk aku boleh menjejakimu? 
Engkau tentu amat menggamit para-para siddiqin, 
syuhada dan para muqarrobin untuk masuk ke dalammu. 
Lihatlah aku. 
Perjalananku untuk ke sana, amat terlalu jauh kurasakan. 
Tidak tergapai rasanya. Sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Besar itu 
hanya menyediakan dua tempat kesudahan, 
Syurga atau Neraka. Oh tidak!

Ya Allah, tolong, kupohon RahmatMu. 
Kerana kutahu, 
manusia itu dicampakkan ke dalam Neraka kerana keadilanMu 
dan dimasukkan ke Syurga kerana RahmatMu.. 
RahmatMu jua yang kupinta.. 



*Dunia ini susah tapi Neraka amat azab. *Dunia ini indah, tapi Syurga amat lazat!!!

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Dahsyatnya Pengaruh Air dalam Al-Quran
  • 6 Kesilapan Termahal Dalam Sejarah Manusia - Tuhan Menunjukkan KuasaNya!!
  • Gerhana Bulan Pada Tahun Baru Masihi
  • Cara Membasuh Kemaluan Lelaki Dan Wanita
  • Kebaikkan apabila solat tepat pada waktunya
  • MENGAPA TELUR BURUNG KENARI GAGAL MENETAS
  • Ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah?
  • Kisah benar: Azab dan hukuman kepada PEMIMPIN yang ZALIM
  • Khalid Tuntut Keadilan Dari Parti Keadilan!
  •  Gambar2 Lucu Kesilapan Teknikal Siaran TV1,TV2, TV3 Dan TV9
  • Di Balik Kemolekan si Ratu Bunga Berduri
  • Yahudi Ketawakan Kita Umat Islam
;