Home » » Kapal Selam Rahsia NR-1 Milik Amerika Syarikat.

Kapal Selam Rahsia NR-1 Milik Amerika Syarikat.

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Malaysia mempunyai kapal selam Scorpene. Singapore ada Archer dan Indonesia pula mempunyai Cakra. Kesemua kapal selam ini ialah kapal selam diesel konvensional. Kesemuanya bad ass tetapi masih tidak dapat menandingi kapal selam rahsia NR-1 milik Amerika Syarikat. NR-1 bukan sebuah kapal selam tempur. 
 
Fungsi utamanya ialah mengumpul maklumat tentang musuh, melakukan intipan dan mengutip sampel dari dasar laut. Kapal selam ini diperkasakan dengan sebuah enjin nuklear dan mampu menyelam sehingga 3000 kaki (914 meter). Kemampuan menyelam NR-1 tidak mampu ditandingi kebanyakkan kapal selam tempur yang sedia ada. 
 
Scorpene sebagai contohnya hanya mampu menyelam sehingga 1150 kaki (350 meter). Oleh sebab itu NR-1 dilengkapi 2 buah tayar yang membolehkan ia dipandu di atas lantai laut. Selain daripada itu ia juga dilengkapi tangan robotik yang boleh dikawal serta 3 tingkap tinjauan

NR-1dibina pada tahun 1969 dan pembinaanya dilakukan secara rahsia. Pihak Amerika mahukan sebuah kapal selam yang boleh "lepak" pada dasar laut tanpa dikesan tetapi pada masa yang sama boleh merisik pergerakan kapal selam milik Soviet. Saiznya yang kecil membolehkan NR-1 menyelam lebih dalam dari mana-mana kapal selam milik Soviet. 
 
Kemampuan menyelam NR-1 dianggap mustahil oleh Soviet dan mereka tidak menyangka kapal selam yang hanya selebar 3.8 meter dan sepanjang 45 meter ini boleh wujud. Sepanjang kareer pengintapannya yang rahsia selama hampir 40 tahun, NR-1 melakukan misi seperti meninjau bangkai kapal selam Soviet yang karam dan mengumpul peralatan rahsia dari bangkai-bangkai karam ini. 
 
Ia juga ditugaskan meletakkan pepijat pada kabel telekomunikasi bawah laut yang digunakan Soviet. Pepijat yang diletakkan membenarkan pihak Amerika mengorek rahsia Soviet tanpa dikesan.

Pada tahun 1976 sebuah pesawat F-14 Tomcat milik Amerika terbabit dalam sebuah kemalangan di Scotland. Pesawat yang pada waktu itu mempunyai radar paling canggih dan misil AIM9 Phoenix yang paling terkini menjunam ke dalam laut ketika menanti giliran berlepas dari kapal pengangkut John F Kennedy. 
 
Pihak Amerika risau pihak Soviet akan cuba menaikkan semula bangkai F-14 ini dari dasar laut dan mencuri teknologi terkini mereka. NR-1 ditugaskan mengesan lokasi pesawat ini sebelum Soviet. NR-1 melakukan tugasnya dengan baik dan pesawat ini serta misil berteknologi rahsia Phoenixnya berjaya didapatkan semula. Selepas pesawat angkasa Challenger meletup ketika berlepas pada tahun 1986, NR-1 digunakan bagi mengesan puing-puingnya dari dasar laut.

Ramai tidak tahu tentang kewujudan NR-1 hinggalah buku Dark Waters: An Insider's Account of the NR-1, The Cold War's Undercover Nuclear Sub diterbitkan pada tahun 2003. Pada waktu itu NR-1 sudah uzur dan menanti untuk dihentikan perkhidmatan. Pada tahun 2008 satu-satunya kapal selam beroda di dunia akhirnya bersara. Selamat bersara cool sub!











Laporan asal Wikipedia , Dark Government . NR-1 Book , FX Model
 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • PENGOBATAN PENYAKIT DARI TANAMAN TEMU PUTIH
  • Banjir Kilat KL Pula. 5 Kereta Terperangkap Di J/Ipoh.
  • Surat Nabi Muhammad SAW Kepada Paderi St. Catherine�s Monastery
  • Hijau dan putih warna kegemaran Rasulullah
  • Haram Hukum Bermain Permainan Aplikasi Ramalan dan Boleh Meruntuhkan Akidah
  • Wasiat - Perlukah Dan Pentingkah Berwasiat?
  • TIPS MEMILIH BIBIT JAHE YANG BAIK
  • Jangan Abaikan Inilah Kelebihan Wudhuk Sebelum Tidur
  • Poligami Senyap-Senyap!!
  •  Pakej Kahwin Bentuk Baru, Tanpa Bercintaan Lebih Dulu
  • Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Nama Muhammad
  • FAKTA TENTANG HARIMAU YANG PERLU PETANI TAHU
;