Home » » Mursi individu paling berpengaruh ke-4 di dunia

Mursi individu paling berpengaruh ke-4 di dunia

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Kekerasan dan pertembungan yang berlaku antara penyokong dan penentang presiden Mursi terus menjadi tumpuan awam antarabangsa. Majlis tentera Mesir melakukan rampasan kuasa presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pilihan raya bersih dan adil ini.

Namun, siapa sangka, pada masa jawatannya sebagai presiden Mesir, Muhammad Mursi dinobatkan sebagai orang yang paling berpengaruh berada di tempay ke empat di dunia dalam Majalah Time.

Majalah Time mendedahkan bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih oleh rakyat secara demokratik di Mesir. Beliau menghargai kepelbagaian dan kemajmukan sehingga melibatkan tokoh-tokoh bukan muslim dalam pemerintahannya. Mursi juga menolak seruan untuk berlaku represif dan mengekang terhadap kelompok liberal mahu pun sekular.

Time juga menyebutkan keberanian Mursi dan ketegasan dirinya berperanan dalam menghentikan perang antara Israel dan Hamas pada perang lapan hari, November 2012. Mursi juga kerap menyatakan seruan tegas agar presiden Syria, Bashar Assad mengundurkan diri.

Majalah berkelas 'dunia' ini juga menyatakan Mursi tetap menjadi individu yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, meskipun cabaran dalam negera terus menghadangnya dan kemuncaknya adalah ketika ini apabila tentera melakukan rampasan kuasa.

Diterjemahkan oleh Detik islam dari sumber islampos.com, semoga Mursi selamat dari kekejaman tentera firaun amin. Syiah dan yahudi melihat  kepimpinan khilafah akan mencampakkan mereka ke pintu neraka. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • BUDIDAYA IKAN LELE
  • Ini Dia Komputer Tablet Anti Bakteri
  • Ujian Ketika Umrah - Duit Yang Datang Setelah Yang Lain Diuji Duitnya Hilang
  • The Arrivals part 7 (Firaun-firaun Hari Ini)
  • Wanita Jepun Masuk Islam sambil menangis di Depan Dr Zakir Naik
  • Gambar Terakhir Bersama Aruah Dr Abd Rahman Riesdam Effendi
  • Negara manakah yang paling ramai dihuni Yahudi?
  • CIRI MERPATI BALAP YANG BAGUS
  • KOTA MAKKAH ADALAH PUSAT BUMI
  • Kotoran Hewan Ternak untuk Pupuk
  • CARA MENANGGULANGI HAMA PENYAKIT TERONG
  • Misteri Uwais, manusia langit dari Yaman
;