Home » » POLIGAMI; TIDAK BERLAKU ADIL KERANA TERIKAT PERJANJIAN

POLIGAMI; TIDAK BERLAKU ADIL KERANA TERIKAT PERJANJIAN

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Assalammualaikum.Saya ingin bertanya satu soalan. Kawan saya merupakan isteri kedua, baru2 ini berlaku sedikit pertengkaran berkaitan tanggungjawab suami. Si isteri ingin lebih perhatian malangnya Si suami tetap menyatakan tidak dapat memberikannya kerana itu sudah termasuk dalam perjanjian yg telah sama persetujui.

Jawapan;

Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,

Suami yang berpoligami wajib berlaku adil kepada kesemua isterinya. Sebarang syarat atau perjanjian dengan mana-mana pihak untuk menafikan hak pihak yang lain, syarat atau perjanjian sebegitu tidak sah di sisi syarak, wajib dibatalkan dan hendaklah kembali kepada tuntutan syarak kerana kehendak Allah mesti diutamakan dari kehendak manusia. Firman Allah (yang bermaksud); "Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada ketaqwaan" (al-Maidah, ayat 8). Sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana lelaki yang memiliki dua isteri, lalu ia hanya cenderung kepada salah seorang sahaja dari mereka berdua, hari akhirat nanti ia akan tampil dalam keadaan senget sebelah badannya" (Sunan ad-Darimi: 2252. Abu Daud: 2133. dari Abu Hurairah RA, isnadnya soheh). Sabda Nabi SAW tentang syarat; "Sebarang syarat yang bertentangan dengan kitab Allah ia tertolak sekalipun 100 kali disyaratkan" (Musnad Ahmad; 25504, dari Aisyah RA, hadis soheh).

Wallahu a'lam.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Himpunan hadis tentang kesesatan Syiah
  • Kenali Pengarang Kitab Hikam Melayu
  • Ketahuilah Rahsia Surah Al-Masad (Sabut)
  • GUNA MINYAK PENGASIH UNTUK SUAMI
  • Menelusuri Kemelut Kalimah Allah
  •  Doa Suami Isteri Agar Keluarga Kecukupan Rezeki
  • Kenapa pohon Gharqad melindungi Yahudi
  • TIPS UNTUK MEMILIH BIBIT ITIK YANG TEPAT
  • Stadion Yang Mengambang Di Air
  • 9 Amalan Rasulullah SAW Dan Para Sahabat Di Akhir Ramadan
  • Cara Melayan Isteri Mengikut Amalan Rasulullah SAW
  • Bagaimana Sikap Orang Mukmin Terhadap Dosa
;