Home » » Seorang wanita Mesir berada ditengah hujan peluru dan kanister

Seorang wanita Mesir berada ditengah hujan peluru dan kanister

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Wall Street Journal mengikuti perkemgan yang berlaku di Mesir dan menyifatkan ia sebagai pembunuhan yang kejam terhadap penunjuk perasaan di Rabi'ah al-Adawiyah dan yang menarik, Journal menyiarkan sebuah foto seorang wanita yang berdiri di bawah hujan peluru dan gas pemedih mata.

Sebuah gambar menunjukkan keberanian seorang wanita berdepan dengan hujan peluru dan gas pemedih mata dengan pasrah, dia berdiri disamping salah sebuah jentolak yang sedang meruntuhkan khemah-khemah penunjuk perasaan di Rabi'ah, sambil melaungkan dengan lantang: "Bantu kami ya Allah, kami sama sekali tidak bersenjata" .

The Wall Street Journal menyebut bahawa pihak keselamatan melancarkan serangan besar-besaran terhadap pendukung Mursi dan ketika ini jumlah korban terus meningkat. Ini menunjukkan bahawa pasukan keselamatan dan penembak tepat menggunakan peluru hidup dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan.

Jurnal tersebut juga menambah bahawa tentera Mesir melarang para wartawan dan media memasuki ke kawasan Rabi'ah Al-Adawiyah, padahal sebelumnya mereka berjanji untuk membenarkan para wartawan dan aktivis Hak Asasi Manusia melaporkan proses penunjuk perasaan secara aman disana. Sementara New York times melaporkan bahawa anggota polis telah menggunakan mesingan terhadap penyokong Mursi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • MH17: Tuhan Murka, Kerana Arak & Aurat?
  • Senjata-senjata canggih buatan Mujahidin Syria
  • Bersegera membayar hutang puasa
  • Tujuh Kunci Penjuru Kebahagiaan
  • 6 Keadaan Wanita di Syurga
  • Patutkah Kita Bersyukur
  • CARA MENANAM TANAMAN CENGKEH
  • Menara Jam Makkah Bersinar, Tanda Awal Ramadan
  • Fenomena Ekuinoks - Solat Gerhana Matahari Tengah Hari Ini!!
  • Merawat Penagih Dadah Dengan Merebus Hidup-Hidup!!
  • Bagaimana untuk kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan
  • Istilah sains dalam produk yang mengandungi unsur babi
;