Home » » HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA

HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan;  assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnya daging gajah dan kuda untuk di makan...,,????


Jawapan;

Bismillah, walhadulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Daging gajah

Menurut jumhur ulamak (mazhab Hanafi, Syafi�ie dan Hanbali); daging gajah haram dimakan kerana ia tergolong dalam binatang bertaring.  Abu Tsa�labah al-Khusyani RA menceritakan; �Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-binatang buas� (Soheh al-Bukhari; 5530, 5780. Soheh Muslim; 1932).

Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu�). Di antara contoh yang disebut ulamak bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa, harimau, serigala, gajah, kera dan seumpamanya (lihat; Nailul-Autar, as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu�, an-Nawawi; 9/14. Al-Mausu�ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; perkataan �At�imah�).

Menurut mazhab Maliki; haiwan-haiwan yang haram dimakan hanyalah yang disebut keharamannya di dalam al-Quran (antaranya surah al-An�am, ayat 145), iaitu; �bangkai, darah dan daging babi�. Binatang-binatang yang tidak disebut dalam ayat ini tidaklah haram memakannya. Adapun binatang-binatang yang bertaring tadi; makruh memakannya kerana dilarang oleh hadis. Jadi, menurut mazhab Maliki; larangan Nabi SAW dalam hadis tadi adalah larangan makruh, bukan larangan haram (al-Mausu�ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).

2. Daging kuda

Daging kuda halal memakannya kerana kehalalannya telah sabit dari hadis-hadis Nabi SAW. Asma binti Abu Bakar RA menceritakan; �Kami pernah menyembelih seekor kuda pada zaman Nabi SAW dan memakannya� (Soheh al-Bukhari; 5510, 5519).  Jabir bin Abdullah RA menceritakan; �Nabi SAW menegah kami dari memakan daging kaldai pada hari Khaibar dan membenarkan kami memakan daging kuda� (Soheh al-Bukhari; 5520. Muslim; 1941).

Wallahu a�lam.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Hukum Menyerahkan Zakat Fitrah ke Pusat Asuhan Anak Yatim
  • Bacalah 3 Kisah Menarik Tentang Keluarga Abuya - Tulisan Dari 3 orang Puteri Abuya
  • Sejenak Renungan Kehebatan Islam dan Al-Quran
  • Renungan untuk mereka yang berhati dermawan
  • Burung Ini Berzikir dan Mengucapkan Bismillah
  • Zionis: Air mata darah jika Al-Sisi gagal
  • "Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku, Aku Tidak Meminta Untuk Diriku. Sesungguhnya Aku Meminta Untuk Umatku Dari-Mu”
  • Al-Quran bukan untuk...
  • KAJIAN BANK YANG MENCURIGAKAN
  • Statistik 2010 Umat Islam Di Malaysia Berbanding Agama Lain
  • Akhir Zaman: Ketiadaan Imam Untuk Solat Berjemaah
  • Ustaz Azhar: Perkahwinan, jual anak
;