Home » » Apa Sebabnya Kita Disuruh Mengingati Mati?

Apa Sebabnya Kita Disuruh Mengingati Mati?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.
”اكثروا ذكر هادم اللذات”
Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan 
dengan (هادم اللذات). Jawab Baginda; iaitu mati.

Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal? Jawab Baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya? Jawab Baginda:
“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”
Erinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.

Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.

“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ،
وتمنى على الله “
.
Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.
“اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.
Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.

Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:
“كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”
Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

;