Home » , » BUAT KORBAN UNTUK ANAK YANG BELUM BALIGH

BUAT KORBAN UNTUK ANAK YANG BELUM BALIGH

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Boleh atau tidak ibu bapa membuat ibadah qurban untuk anak yang belum baligh. Ada terbaca syarat untuk korban hendaklah mencapai akil baligh dan berakal.


Jawapan;

Menurut mazhab Syafiie; wali (penjaga)[1]dibolehkan untuk melakukan korban bagi anak jagaannya yang masih kecil (belum baligh), dengan syarat binatang korban datang dari hartanya (yakni dibeli dengan wangnya, bukan wang si anak). Dia seolah menghadiahkan binatang itu kepada si anak, kemudian melakukan korban bagi pihaknya, maka untuknya pahala hadiah dan untuk si anak pula pahala korban. Adapun melakukan korban dengan mengambil dari harta si anak, tidak dibolehkan.

Secara umum, hukum melakukan ibadah korban untuk orang lain �menurut mazhab Syafiie- adalah seperti berikut;

1. Melakukan korban untuk orang yang telah meninggal; terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam mazhab Syafiie sendiri. Sebahagian ulamak berpendapat; dibolehkan kerana ia sebahagian dari sedekah dan telah ijmak para ulamak bahawa sedekah bagi pihak si mati adalah sah, berguna untuknya dan sampai pahala kepadanya. Sebahagian ulamak berpendapat; berkorban untuk si mati hanya sah jika dengan pesanan/wasiat darinya. Jika tanpa pesanan/wasiatnya, tidak sah korban untuknya.

2. Melakukan korban untuk orang yang masih hidup yang telah baligh (termasuk anak); tidak sah korban untuknya melainkan dengan keizinannya.

3. Melakukan korban untuk anak yang belum baligh; hukumnya seperti di atas tadi.

4. Melakukan korban untuk diri sendiri, tetapi menyertakan orang lain dalam pahalanya (yakni meniatkan pahalanya untuk orang lain sama), juga dibolehkan.

Rujukan;

1. al-Majmuk, Imam an-Nawawi, 8/299.
2. Mughni al-Muhtaj, 6/137.
3. al-Mausu�ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/80 (perkataan �udhiyah�), 45/197 (perkataan �walad�).


[1] Iaitu bapa atau datuknya (al-mausu�ah).

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Siapa lelaki tua lulusan lebih daripada 1000 Ulama' Hadis ini?
  • KOPI LUWAK
  • Menghampiri Akhir Zaman, Pohon Gharqad Dijual Online
  • Peristiwa Pelik Berlaku Ketika Menguruskan Jenazah Rasulullah
  • Ginko Biloba, Sehatkan Otak Dan Organ Seks
  • Kisah Benar Saiyidina Kaab Bin Malik Menempuh Ujian
  • Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan
  • 2 Oktober 1187 Pembebasan Al-Aqsa oleh Salahuddin Al-Ayubi
  • Larangan Menceritakan Aib Pasangan Kepada Orang Lain
  • Seandainya Ada Seorang Tolak Pemimpin Bukan Muslim
  • Rahsia Disebalik Malaikat Mikail Tidak Pernah Ketawa
  • Perbualan antara Rasulullah dan Malaikat Jibril tentang kiamat
;