Home » » Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Majlis Perasmian Pejabat GISB HOLDINGS Sdn Bhd Pada 10 Muharam1435H

Ucapan Puan Ibu Hatijah Aam Di Majlis Perasmian Pejabat GISB HOLDINGS Sdn Bhd Pada 10 Muharam1435H

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Menelusuri perintah Allah dan RasulNya atas nama Islam, rupa-rupanya adalah satu perjuangan yang wajib atau tidak boleh tidak oleh orang Islam! Maknanya orang Islam yang tidak memperjuangkan Al-Quran dan Hadis untuk membuatkan Allah dan Rasul ditakuti dan dirindui diseluruh dunia ialah orang-orang yang berdosa! Haram hukumnya! Mengapa? Sebab mengucap dua kalimah syahadah itu bermakna kita mengatakan kepada Allah dan RasulNya bahawa kita sedang  terlalu takut dan rindu pada keduanya!

Maka kita pun tidak mampu lagi melupakan mereka! Kita pasti taat setaat-taatnya dan sentiasa terkenang-kenangkan kedua-duanya. Allah dan Rasul di hati bukan dimulut! Macamlah hati kita begitu mendalam rasanya kepada kedua ibubapa, anak-anak, isteri-isteri dan suami! Maka dengan Allah dan Rasul lebih-lebih lagilah! Rasa cinta begitu mencengkam di dada terhadap Tuhan dan Nabi yang kita yakini itu!

Sungguh Allah dan Rasul itu pun sangat-sangatlah cinta dan rindukan kita pula! Keduanya tidak pernah tidak ingat pada kita! Allah dan Rasul bahkan menanti-nanti dan menunggu-nunggu rindu dan ingatan kita pada mereka! Mereka berdua tidak tidur, tidak lena untuk kita! Umpama ibubapa yang sanggup berjaga malam untuk uruskan bayi mereka, namun Allah dan Rasul lebih dari itu terhadap kita di sepanjang umur kita!

Maka orang Islam itu hebatnya kerana mempunyai Tuhan dan Nabi di hati dalam keadaan mata tidak mampu melihat. Sungguh, justeru itulah hati akan jadi cukup bercahaya untuk mampu merasai sentuhan maha kasih sayangnya Allah dan Rasul itu pada diri-diri mereka! Sungguh! Orang Islam jauh lebih tinggi dari orang-orang bukan Islam, kerana mempunyai hubungan cinta mendalam dengan kuasa pencipta dan penjaga langit dan bumi! 

Dalam apa sahaja keadaan orang Islam dapat rasakan Allah dan Rasul sentiasa bersama mereka! Orang Islam tidak pernah rasa keseorangan kerana amat-amat yakin dan merasakan Allah dan Rasul itu sentiasa bersama mereka untuk menjaga dan menolong setiap saatnya.

Syarikat GISB Holdings kini berada di banyak negara di dunia, atas nama Melayu Islam yang berdikari dengan jerit perih sendiri. Kami bangunkannya tanpa berhutang dengan bank dan tanpa berhutang dengan sesiapa pun juga! Kenapa? Sebab Allah dan Rasul itulah pemodal! Merekalah modal untuk apa juga urusan hidup kita samada dalam keperluan politik, sosial, budaya, ekonomi, kesihatan, kebajikan, kekeluargaan, sukan, pentadbiran, kewangan, perhubungan dan lain-lain serba-serbi kehidupan! 

Allah dan Rasul melalui Al-quran dan Hadis telah berjanji bahawa di tangan orang-orang bertaqwalah kemenangan untuk umat Islam akan berlaku! Sedangkan umat bukan Islam, Allah dan Rasul tidak menjanjikan apa-apa untuk dunia dan akhirat, melainkan kecelakaan! Lihatlah bagaimana keadaan dunia dalam tangan orang bukan Islam. Mana ada keamanan dan kemakmuran! Segalanya yang ada cuma kesenangan dunia yang menipu-daya. 

Maka GISB Holdings Sdn Bhd sempena tahun baru ini berazam untuk terus menambah takut dan rindu pada Allah dan Rasul supaya memperolehi segala-gala yang Allah janjikan untuk orang-orang yang bertaqwa itu. 

Sekian, terima kasih.

Puan Ibu Hatijah Aam
Majlis Perasmian Pejabat Pentadbiran Korporat
GISB HOLDINGS Sdn Bhd Sempena Awal Muharam
Pada: 10 Muharam 1435H / (Khamis 14 Nov 2013)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kemelut Politik Tanah Air - Tindakan Nazir Menggoyang Lagi Kedudukan Najib
  • Akhirnya,Tentera Yahudi pengecut mohon gencatan senjata
  • Gambar Terakhir Bersama Aruah Dr Abd Rahman Riesdam Effendi
  • Alhamdulillah! Selamat Kembali Ke Malaysia - Corat-coret 1
  • Inilah Penjelasan Al-Qur'an, Bagaimana Bisa Maryam yang Masih Perawan Hamil Dan Lahirkan Nabi Isa?
  • SEKILAS Pesona Burung Gelatik
  • Tips Untuk Mudah Bangun Suboh
  • KADAR MASA SAHUR NABI SAW SEBELUM MASUK SUBUH (berserta AUDIO)
  • SYAITAN TAKUT DENGAN SELIPAR IMAM AHMAD IBN HANBAL
  • Risalah Al Qusyairiyah dan Serangan Pasukan Salib ke Mesir
  • MH370 - Bagaimana Penerimaan keluarga Mangsa
  • Edisi Ramadan! Ini 7 Kehebatan Buah Kurma Yang Anda Perlu Tahu
;