Home » » Kesusahan Hidup Ada Di Mana-Mana - Jadilah Orang Yang Berusaha Menggembirakan Orang Lain!!

Kesusahan Hidup Ada Di Mana-Mana - Jadilah Orang Yang Berusaha Menggembirakan Orang Lain!!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Assalamualaikum,

Pagi semalam, saya ada urusan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Bersama saya adalah dua orang sahabat saya. Saya pergi ke Sungai Bakap dengan menaiki kereta.

Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah gerai kecil di tepi jalan. Sebabnya, saya nak bersembang dengan mereka beberapa perkara. Kami bertiga order air Nescafe tarik. Itu sahaja.

Alhamdulillah, dalam 30 minit. Perbincangan kami selesai.

Terkejut Dengan Harga Minuman

Untuk pengetahuan anda, saya jarang minum di luar. Jadi, saya kurang tahu harga minuman dan makanan di luar. Kalaulah saya makan di luar pun disebabkan ada sesuatu hal, saya biasanya minum di kedai mamak.

Biasanya, harga air Nescafe Tarik di kedai mamak sekitar RM1.70-RM2.00.

Bila saya panggil pekerja kedai itu untuk kira berapa jumlah harga minuman kami, saya terkejut.

"RM3.60 saja bang."

Saya terus terkejut. Pada waktu itu, cuma ada 2-3 orang pelanggan lain di kedai tersebut. So, saya pun bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

"Bang, harga Nescafe Tarik ni RM3.60 saja ka bang? Maksudnya 1 gelas RM1.20?" saya ingin mendapatkan kepastian. Tak mahu pekerja ni tersalah kira.

"Ya, betullah. Memang harga Nescafe Tarik RM1.20 segelas." Tauke gerai tersebut memberi kepastian.

Tersentap. Macam mana murah sangat. Terfikir di hati saya, "Kalau di kedai mamak, dah sah sah paling murah pun RM1.70."

Saya pun bertanya lah kepada tauke gerai tersebut. Kebetulan dia agak lapang kerana tidak ramai pelanggan. "Bang, boleh cari makan ka jual harga macam ni ?"

"Nak buat macam mana dik. Saya berniaga di kampung. Orang kampung mana nak ada duit banyak. Kalau kita jual mahal mahal. Mana orang nak mai. Kalau jual mahal, baik depa pi makan di kedai mamak." jelas abang itu.

"Boleh lepas ka modal bang? Nak bayar duit gaji pekerja lagi, gaji abang lagi? Minta maaf bang saya nak tanya, sehari abang dapat berapa?" saya bertanya lagi kepada abang ni.

"Sehari saya dapat dalam RM150." Abang itu menjawab.

Waww... Not bad. Saya rasa oklah, untuk orang kampung berniaga tepi jalan macam tu dapat RM150 sehari. Kira banyak lah.

Lepas itu, saya bertanya kepada abang tu. "RM150 tu untung ka jualan bang?"

"Jualanlah. Sehari dalam RM150. Modal separuh. Jadi saya untunglah dalam RM75. Tolak gaji pekerja, yang balance tu saya punyalah" jawab abang itu.

"Dekat gerai ni, kita jual murah sebab nak tarik orang mai. Semuanya murah. Roti sardin pun kalau saya jual RM2.00 sahaja, sebabnya kita nak tarik pelanggan" tambah abang itu lagi.

Kemudian, saya bertanya kepada tauke kedai itu.

"Tapi, kenapa tak ramai orang pun sekarang ni. Saya tengok tak ada orang pun. Ka sebab sekarang dah jam 9.30 pagi. Sebab tu orang tak ramai?"

"Sebenarnya, gerai saya ni. Selalu tutup buka tutup buka. Saya tak boleh buka tiap tiap hari. Anak saya kena kanser. Dah stage 4. Jadi, saya selalu kena bawa anak saya ke Hospital Pulau Pinang untuk dapatkan rawatan di sana. Ada masa, anak saya duduk hospital sebulan. Sebulanlah saya tutup kedai. Nak buat macam mana. Kalau saya tak jaga anak saya, siapa nak jaga."

Allahuakbar. Tersentap saya mendengarnya.


 
Kemudian, beliau menceritakan kepada saya keadaan anak beliau sekarang yang sudah pun berada pada tahap 4. Beliau maklumkan kepada saya, anak beliau hanya ada 3-6 bulan sahaja lagi untuk hidup.

Sekarang, anak beliau ada di rumah. Sedang berjuang menghabiskan sisa sisa kehidupan dalam keadaan yang amat sakit. Terpaksa dibantu dengan 'pain-killer' untuk menghilangkan kesakitan.

Mendengar kisah abang ni, saya teringat kembali kisah arwah kakak saya. Beliau terseksa menanggung sakit menderita akibat kanser selama setahun. Kanser beliau mula dikesan pada bulan Disember 2010 pada Tahap 3. Beliau meninggal pada Februari 2012. Setahun beliau menanggung 'seksa' yang saya sendiri tak dapat bayangkan kesakitannya. Memang terlampau sakit.

Sebab itulah, hati saya terus tersentuh selepas mendengar cerita abang tadi.

Saya sangat-sangat kasihan. Saya tahu, bukan murah kos yang terpaksa ditanggung oleh abang berkenaan yang hanya berkerja sebagai seorang peniaga gerai kecil di tepi jalan. Syukurnya, kos rawatan di hospital semuanya percuma.

Tapi, saya tahu abang ni susah. Susah sebab pertama tak boleh berniaga. Beliau terus hilang punca pendapatan kerana terpaksa pergi menjaga anak beliau di hospital selama seminggu, dua minggu dan ada kalanya lebih dari sebulan.

Pada waktu itu, beliau juga perlu ada perbelanjaan pengangkutan. Perbelanjaan makan minum beliau di sana. Semuanya perlukan wang. Duit keluar sahaja. Duit masuk tak ada.

Allahuakbar. Saya amat mengetahui apa yang dialami oleh abang ni sebab dahulu saya pernah mengalami situasi yang sama semasa menguruskan arwah kakak saya. Berulang alik hantar beliau ke hospital.

Saya sangat bersimpati dengan keadaan beliau.

Sebelum saya berundur diri. Saya ambil sedikit duit dari dompet saya, dan saya serahkan kepada beliau.

"Abang, saya bagi duit ni sikit untuk anak abang. Untuk nak belanja sikit dia. Semoga Allah mudahkan urusan abang."

Beliau tergamam dan menerima sumbangan kecil saya dengan gembira.

Terus beliau ucapkan, "Adik, saya doakan Allah murahkan rezeki adik."

Saya dah tak mampu nak kawal perasaan. Sedih, hiba. Mengenangkan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga abang ini.

Di lubuk hati kecil saya, saya berdoa. "Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan mereka sekeluarga."

Semoga Allah merahmat mereka. Diampunkan dosa mereka atas kesabaran mereka menghadapi ujian ini. Semoga Allah mengurniakan syurga tanpa dihisab buat mereka.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

* Jom kita semua sama sama doakan kesejahteraan mereka sekeluarga. Mungkin ada di antara anda yang doanya makbul. Mohon anda doakan mereka. Jika anda mahu rakan anda turut membaca artikel ini. Mohon anda tekan LIKE button di bawah. 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Doa Yang Sangat Menyentuh Hati Dan Sangat Sedih
  • Rasulullah S.A.W Larang Dekati Masjid Dalam Keadaan Berbau
  • Tentera Dajjal Syiah Ejek Penduduk Madya Yang Kelaparan Dengan Twit Makanan
  • Al-Quran Menjelaskan Haramnya Daging Babi
  • Gurau dan Canda Rasulullah SAW
  • 12 Dalil Mengapa Kita Bermazhab (Ikut Ulama Mazhab) (Bahagian 1)
  • Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki
  •  Jika Khalid Masih MB, Semua Bergantung Pada PAS - Datuk Dr Shad Saleem
  • Poligami Asyraf Muslim - Rahsia Kedua Isteri Boleh Bermesra
  • Ladang Gargil Yang Pertama Di Asia Tenggara Ada Di GISB Malaysia
  • Saat Dajjal dibunuh
  • CIRI-CIRI BURUNG MURAI BATU MEDAN
;