Home » » Sultan Brunei Mengawal Lalu Lintas Ketika Pengiringnya Kemalangan

Sultan Brunei Mengawal Lalu Lintas Ketika Pengiringnya Kemalangan

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.



Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila Baginda sendiri mengawal lalu lintas apabila  dua orang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya. Beliau bertindak bijak menguruskan trafik ketika kedua-dua pengiring yang cedera itu diberikan pertolongan cemas oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain. 
 
Kemalangan berlaku selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita. Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu kemudiannya telah dikejarkan ke hospital.
 
Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kesudian Baginda keluar dari kereta diraja dan mengawal keadaan lalu lintas adalah suatu contoh yang baik.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemuliaan jiwa yang ditunjukkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan. Ianya akan menjadi satu didikan yang sangat berkesan untuk semua rakyat bersikap prihatin dan peka dalam semua keadaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut.  

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

;