Home » » Kisah Seekor Ulat dengan Nabi Daud

Kisah Seekor Ulat dengan Nabi Daud

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

*Sumber dari nur-addin.blogspot.com

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • 7 'C' Menurut Dr Fadzilah Kamsah Yang Patut Dielak Isteri Agar Tidak Dibenci Suami. Wajib Baca Ni!
  • Super Bus Mewah Pertama di Dunia Buatan Astronot
  • Sesat! Kedudukan Imam-imam Syiah lebih terhormat daripada para Nabi
  • 13 Fakta Ustman bin Affan
  • Siapa Pembunuh Abu Jahal?
  • PENANAMAN DAN PERAWATAN TANAMAN KAKAO
  • AGAR TANAMAN HIAS KAKTUS BERBUNGA
  • Sikap golongan Syiah terhadap para Sahabat
  • Kisah Auj bin Unuq Dibinasakan Oleh Burung Hud Hud
  • Makanan dan minuman Jin
  • Fidyah Puasa dan Solat Orang yang Uzur
  • Hakikat Niat Yang Perlu Diperhatikan (4) Debu Di Halaman Rumah Pun Perlu Kita Ambil Kira!!
;