- Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel hari ini mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses.
Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering.
Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak. "Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan.
"Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam," katanya kepada Bernama.
Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu.
"Kita akan mengkaji untuk mengeluarkan lebih banyak lesen untuk perniagaan kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam," katanya.
Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena Thaipusam yang disambut pada 17 Jan, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam kehidupan mereka.
- Bernama
Home »
KELAPA KITAR SEMULA
» Menteri: "Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam"
Menteri: "Kitar semula kelapa diguna semasa Thaipusam"
Posted by CB Blogger
Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
|
0 ulasan:
Catat Ulasan