Home » » Contoh Bagaimana Rasulullah Melayani Isterinya

Contoh Bagaimana Rasulullah Melayani Isterinya

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga atau pun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘ Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya" Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Bala ke atas Amerika, selepas Sandy badai besar dijangka akan menghentam Amerika minggu depan
  • Yahudi dan Iblis menurut Al-Quran
  • Ahli Politik SWISS Anti-Islam Memeluk Islam!
  • Mungkinkah Ini Punca Sebenar Berlakunya Kejadian MH17?
  • Riwayat Hidup Imam Hanafi
  • Mukmin vs Munafik
  • Sebab & Punca Kemandulan Menurut Fakta Saintifik
  • Budidaya Ikan Mas ( Cyprinus carpio L )
  • Jangan Mudah Percaya Keputusan Awal PRK Sg Limau
  • 28 Tips Mempercepat Windows
  • Pengobatan Demam Panas dari Kembang Semangkuk
  • Ingin Jadi Penjelajah Waktu, 2 Siswi SD Bunuh Diri
;