Kepada semua pembaca blog ini, pada hari ini Pak Lang paparkan beberapa komen terhadap paparan mengenai Dr Kasim Ahmad yang anti-hadis. Pak Lang berharap akan ada di kalangan kita yang sudi memberi pandangan atau menyampaikan hujjah bagi mempertahankan Ahli Sunnah Waljamaah.
Walaupun kelompok Dr Kasim Ahmad ini tidak ramai tetapi hujjah logik yang dibentangkannya akan berupaya mempengaruhi golongan yang jahil tapi sombong. Orang yang jahil tapi sombong ini akan mudah ditipu 'hidup-hidup' oleh kelompok yang bergelar 'cendekiawan' tapi palsu seperti ini.
Tanpa asas kefahaman dan kecintaan kepada Nabi SAW, seseorang akan mudah terjebak menafikan peranan Hadis sebagai penghuraian Al-Quran. Baru ada kesedaran sedikit tentang agama, sudah mula mengkaji faktor kelemahan umat Islam. Yang dirujuk adalah pandangan Rasyad Khalifa dan seorang dua manusia jahil yang lain.
Tanpa sedar mereka menjadi penghurai terbaharu tentang maksud Al-Quran. Mereka akan menulis buku-buku dan bahan berkaitan menghurai semula kehendak Al-Quran mengikut cita rasa nafsu mereka. Jadilah mereka sumber memahami Al-Quran bagi kelompok umat Islam yang tidak faham. Al-hasil dalam mereka menafikan peranan hadis, mereka pula yang buat kitab baru untuk menjadi rujukan.
Jika kita lihat hujjah mereka sangatlah cetek - hanya berdasarkan logik. Kalau mereka mendakwa hadis tidak diperlukan - cukup dengan Al-Quran yang lengkap, tentulah tidak perlu ada kitab-kitab yang lain dalam dunia ini. Bacalah Al-Quran semata-mata dan nanti kita akan lihat lintang-pukangnya kefahaman yang terhasil dari setiap orang yang membacanya!!
Sebab itulah para imam mujtahid sepakat (ijmak) mengatakan yang utama dalam menghurai Al-Quran ialah Rasulullah SAW. Bagindalah yang layak menjelaskan maksud dan kehendak setiap satu ayat yang diturunkan. Peribadi Baginda adalah Al-Quran. Maka 'huraian' Baginda dapat difahami pada ucapan, perbuatan dan diamnya Baginda SAW.
Janganlah pula mendakwa hadis ditulis 100 tahun selepas kewafatan Baginda SAW yang ianya terdedah kepada kesilapan dan kepalsuan. Sememangnya itu semua sudah dibahaskan dalam beribu kitab. Para ulamak mujtahid tersangat pakar dalam mengklasifikasikan setiap butiran kata, perbuatan dan diamnya Baginda Nabi SAW. Puluhan martabat hadis yang dirumuskan mereka membuktikan mereka tidak sembarangan dalam mengenal pasti kategori dan kedudukan sesebuah hadis.
Jadi jika kita adalah orang yang baru sehari dua mendekati agama, tawadhuk dan merendah dirilah, baru ilmu yang berkat itu akan masuk ke hati. Jika baru beberapa hari mengkaji Al-Quran terjemahan, kemudian sudah sombong menafikan usaha para ulamak terdahulu, takut-takut ilmu syaitan yang sedang kita warisi walaupun atas nama hendak mensucikan agama!!
Jadi sebaik-baik manusia itu ialah yang mahu belajar dan rajin bertanya. Bimbangilah diri takut tersilap dalam mengata dan menuduh orang lain merosakkan agama. Janganlah bermulut celupar menempik mengata para ulamak yang sudah terbukti di dalam sejarah keikhlasan mereka memperjuangkan Allah dan Rasul.
Maka bertanyalah dan belajarlah. Jangan sombong dan ego mengatakan diri kita intelek. Rajin-rajinlah membaca dan mengkajinya!! Jangan pula kita yang menjadi agen yahudi dan musuh Islam dalam menghancurkan asas agama Islam iaitu syahadatain.
Konsep pengucapan 2 kalimah syahadah itu sudah jelas membuktikan bahawa Nabi Muhammad tidak boleh dipisahkan dari Allah SWT. Al-Quran dan Nabi Muhammad itu adalah satu. Keduanya tidak terpisah kerana Nabi Muhammad itulah 'uswah hasanah' yang disuruh kita mengikuti, menjejaki, menuruti dan mengamalkan Al-Quran seperti yang diajarkan Baginda SAW.
Apa yang diketengahkan DR Kasim Ahmad adalah suatu yang keterlaluan. Tetapi siapa yang berani menyanggahnya secara serius atas nama Allah dan Rasul. Inilah yang diharapkan dari semua yang mengaku mereka mahu membela Islam yang mahu dikucar-kacirkan puak-puak anti-hadis ini.
Untuk itu, Pak Lang telah paparkan tulisan dan kenyataan Dato' Hatijah Aam selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS dan juga Yang DiPertua YKPPM dalam blog ini atas tajuk: Jawapan Kepada Dr Kasim Ahmad Yang Anti-Hadis.
Paparan bertarikh 25 Februari 2014 ini mengundang beberapa komen dari pembaca. Antaranya daripada seorang penyokong Dr Kasim. Di sini, Pak Lang paparkan sebahagian komen tersebut untuk melihat respon para pembaca sekelian. Anda boleh komen di sini atau pada ruang komen di paparan tersebut. (KLIK DI SINI)
- Anonymous25 February 2014 19:51Satu jawapan yg padat,berilmu,praktikal tanper teori yg berbelit-belit hasil dari getaran jiwa yg benar-benar merindui seorg nabi akhir Zaman..TAhniah kpd Pn..Reply
- Anonymous25 February 2014 19:53Satu jawapan yg padat,berilmu,praktikal tanper teori yg berbelit-belit hasil dari getaran jiwa yg benar-benar merindui seorg nabi akhir Zaman..TAhniah kpd Pn..Reply
- Anonymous26 February 2014 03:20Kenapa tak jumpa 4 mata saja? jangan main tulisan je.Pilih jalan nasehat yang paling baik.Reply
- Anonymous26 February 2014 03:55anti hadis bukan sekadar pada perkataan atau matan hadis sahaja..termasuk juga anti hadis pabila tindakan kita sengaja diselewengkan daripada maksud sebenar dari matan2 hadis.apatahlagi berkata pada perkara yg tidak di. sabda. nabi .Reply

Salam semua,
Apabila Nabi Muhammad menerima wahyu ayat 59:45 yg melarang menggunakan hadis (menggunakan kata-kata Nabi), lantas Nabi Muhammad memanggil para sahabat dan melarang mereka dari menulis hadis. maka sebab itu lebih dari 100 tahun tidak ada umat Islam yg berani menulis hadis. Tetatpi malang sekali para ulama yg jahat lagi bodoh telah merosakkan Islam dengan menjauhkan mereka dari kitab Al-Quran kononnya Al-Quran tdk lengkap dan tdk sempurna. Kononnya hadis yg menjelaskan ayat2 Al-Quran. padahal Allah SWT menejlaskan Al-Quran adalah lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara.

Salam utk semua,
Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.
Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.
Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!
Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.
Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.
Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!
______________________________________________________
Pak Lang harap ada yang akan memberi respon ya!