Home » » Cerita Hantu Dan Makhluk Halus

Cerita Hantu Dan Makhluk Halus

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Terlebih dahulu Pak Lang mohon ampun maaf kerana paparan kali ini kelihatannya banyak bercerita tentang diri Pak Lang. Pak Lang memohon keampunanNya awal-awal. Tujuan Pak Lang ialah untuk anak cucu sekelian memahami situasi yang kami telah lalui. Anak-anak zaman sekarang agak sukar bertemu situasi yang telah kami tempuh dan lalui. Bacalah paparan ini sekadar untuk mendapat cerita dan pengalaman kami yang diberi peluang oleh Tuhan menempuhnya terlebih dahulu daripada kalian.

Pak Lang bukanlah jenis yang berani sangat. Tapi rasanya tidaklah dalam kategori penakut. Mungkin mengingat pesan orang tua-tua di kampung: "Kalau berani jangan berani sangat, kalau takut, janganlah penakut sangat!!" Jadi memang watak semula jadi beginilah. Kalau pun ada di lihat macam berani, itu sebenarnya lebih kepada suka menyambut cabaran atau mahu bertanggung jawab.

Sebenarnya berani kerana Allah itu sifat terpuji di sisi Tuhan. Manakala takut mati pula sifat yang keji dan termasuk dalam sifat mazmumah (tercela). Berani perlu dilatih dan diasuh. Ianya satu sifat yang wajib ada di dalam diri setiap peribadi muslim. Dengan sifat beranilah Islam itu dapat ditegakkan dan diperjuangkan. Mati syahid adalah menifestasi dari keberanian.

Sejak kecil, suasana di perkampungan Felda yang baru diteroka sangat membentuk jiwa remaja Pak Lang. Panas terik, kemarau panjang, kebakaran hutan, binatang bisa serta gangguan jin, hantu jembalang merupakan persekitaran yang terpaksa diharungi. Berani atau tidak mesti ditempuh. Menaiki basikal tua seorang diri pada jam 1, 2 pagi di tengah hutan kebun getah - kerana itulah laluan yang ada untuk sampai ke rumah, adalah perkara biasa. Kalau menoreh getah jam 3 pagi hingga ke Subuh seorang diri sudah menjadi rutin kehidupan seharian terutama ketika cuti sekolah dan ketika menunggu keputusan SPM

Sepanjang usia, Pak Lang tidak pernah bertemu apa yang dikatakan 'hantu'. Tetapi 'dihimpit hantu' ketika tidur itu memang ada berlaku. Menyaksikan orang lain 'dimasuki makhluk halus' pula adalah kebiasaan. Bahkan ketika di kampung, selalu melihat bomoh-bomoh berubat secara 'menurun' iaitu jin masuk ke tubuh tok bomoh dan jin itu bercakap dengan suara besar garau. Itulah pengalaman melihat hasil perrcampuran makhluk alam lahir iaitu manusia dengan makhluk alam ghaib iaitu jin dan sebagainya.

Kalau pun boleh dikatakan berani, tidaklah seperti Tuan Lokman yang berani turun mandi di Sungai Jamburias yang berdekatan dengan kampung Sempadan - seorang diri di malam hari!! Sungai Jamburias itu di tengah hutan. Lokasinya menyeramkan!! Lagi pula di dalam air - apa saja boleh berlaku. "Beraninya dia" kata Pak Lang dalam hati mendengar Tuan Lokman bercerita pengalamannya.

Tahun 1978, Pak Lang mula masuk mengaji di pondok (madrasah pengajian agama dengan penguasaan kitab klasik Islam). Setiap pelajar pondok akan diberikan sebuah 'rumah pondok' sebagai tempat tinggal. Keluasannya 10kaki x 10kaki. Ianya tergantung kepada siapa yang mahu tinggal di situ. Keluasannya mungkin lebih kecil dan mungkin juga lebih besar. Rumah pondok beratap rumbia atau nipah itu cukup untuk seorang pelajar. Di situlah dia tidur / rehat, sembahyang sunat / sembahyang malam, mutolaah (mengulangkaji) kitab, menghafal, membaca, memasak, makan-minum dan ruang tamu. Walaupun aktivitinya kedengaran berbeza, sebenarnya semua itu dilakukan di tempat yang hampir sama. Tidak ada ruang lain di dalam rumah pondok seluas itu.

Jadi, setiap kali masuk sekolah atau madrasah pondok, Pak Lang diminta duduk di sesebuah rumah pondok yang dikatakan berhantu. Semua pelajar tidak mahu tinggal di situ. Mereka takut sebab cerita tentang rumah pondok berkenaan sudah didengar mereka bahkan mereka mendengar sendiri daripada orang yang pernah mengalaminya.

Apa boleh buat, Pak Lang tidak ada pilihan. Sebagai seorang yang datang dari keluarga kurang berada, membina rumah pondok sendiri adalah tidak mungkin. Maka pilihan yang ada ialah duduk sahaja di rumah berhantu itu kerana ianya telah diwakafkan oleh pemiliknya. Orang yang tidak mampu ada hak untuk duduk di situ.

Malam pertama tidur dalam keadaan siap membaca bermacam-macam ayat pendinding. Cuba untuk tidak mahu tidur kerana takut di bawa jin ke kuburan. Nanti bangun pagi sedar-sedar sudah ada di kubur seperti yang mereka ceritakan. Biasanya dek letih dengan perjalanan jauh, akhirnya mata terlelap juga. Alhamdulillah sebaik bunyi 'tarhim' dikumandangkan di surau, Pak Lang terjaga dan alhamdulillah, masih di tempat yang sama.

Itulah pengalamannya. Semua rumah pondok berhantu, mereka minta Pak Lang tinggal di situ. Sehingga hari ini, tidaklah pernah Pak Lang dibuat apa-apa oleh makhluk halus ini.

Walaubagaimanapun semasa di Mekah - ketika dalam tahanan di Jeddah, Pak Lang terperasan selalu didatangi mimpi. Mimpi sebegini agak menarik kerana ianya dapat diingat selepas bangun tidur. Bahkan sampai berhari-hari pun masih diingati mimpi berkenaan. Sememangnya sejak kecil, mimpi-mimpi sebegini tidaklah selalu berlaku. Biasanya mimpi tetapi tidak dapat diingat sebaik terjaga.

Pak Lang perasan mimpi sebegini berlaku pada tempat tertentu. Apa yang Pak Lang yakin ianya ada kaitan dengan 'laluan ruh'. Kalau kita tidur atau duduk di laluan ruh, maka ruh kita akan ikut berinteraksi dengan ruh2 yang lalu lalang. Itulah punca berlakunya mimpi. Ini hanyalah pandangan peribadi Pak Lang.

Jadi semasa di dalam Depo Tahanan Imigresen Jeddah, Pak Lang selalu mengalami mimpi sebegini. Samada sedang tidur atau sedang duduk sambil menunggu waktu solat, terlelap sedikit sahaja pun, pasti akan bermimpi. Macam-macam pula mimpinya dan anehnya lagi ia tidak mudah dilupakan. Pak Lang mencatit semua mimpi berkenaan serta tarikhnya.

Baru-baru ini, ketika Pak Lang mengunjungi satu tempat, Pak Lang rasa seram sehingga meremangkan bulu roma. Tidak tahu apa yang berlaku tetapi akhirnya barulah diceritakan betapa kuatnya gangguan makhluk halus di kawasan itu. Pak lang memang susah hendak berlaku meremang bulu roma tapi kalau sudah bulu tengkok pun berdiri, ertinya tempat itu bukan sembarang. Kata orang tua-tua tempat itu 'keras'!!

Jadi untuk akhirnya, Pak Lang senaraikan di bawah ini tanda-tanda yang boleh dikesan kewujudan makhluk halus di sekitar kita. kadang-kadang kita boleh mengambil gambar makhluk ini lantaran terlalu hampirnya mereka dengan kita.

Apa pun, Pak Lang cenderung mengatakan unsur makhluk halus tidak mustahil ada kaitannya dengan kehilangan MH370. Janganlah kita terlalu hendak meng-akal-kan apa saja yang berlaku. Sebenarnya ada banyak perkara yang terjadi di dunia ini adalah hasil interaksi kita dengan alam ghaib atau alam yang diduduki atau dikuasai makhluk jin dan sebagainya.

Ianya di luar fikiran logik kita sebagai manusia. Kita perlu menerima hakikat alam ghaib juga wujud bahkan ianya lebih luas dan menakjubkan!!Kita tunggulah apa yang akan tersingkap akhirnya berkenaan MH370 ini.


"Ya Allah tunjukkanlah kepada kami apa yang sebenarnya berlaku kepada MH370 dan semua hambaMu yang berada di dalamnya. Kami memohon padaMu kerana Engkaulah sebaik-baik tempat untuk kami mengadu!!"

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

;