Home » » Isyarat Ping Diciptakan? - Adakah Dunia Sedang Ditipu Pihak Tertentu?

Isyarat Ping Diciptakan? - Adakah Dunia Sedang Ditipu Pihak Tertentu?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Selagi MH370 tidak dijumpai, kehilangannya akan menjadi medan 'permainan' yang tidak bertepi. Ada pihak yang sedang mempermainkan dunia. Inilah yang dirasakan sebahagian penduduk dunia hari ini mengenai insiden MH370 yang sudah berlarutan 5 minggu. 

Terkini, dunia dihebohkan dengan isyarat 'ping' di sesuatu latitud di Lautan Hindi. Rupanya sehingga kini belum dapat disahkan. Pelik bin ajaib kerana teknologi yang dikatakan canggih itu tidaklah sehebat mana. Atau sengaja ini semua di lakonkan untuk melengah-lengahkan sehingga dunia 'melupakan' insiden ini begitu saja?

Pemangku Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Hishamuddin secara terus terang mengatakan Malaysia tidak menyembunyikan sebarang maklumat. Apa yang hendak 'diceritakan' jika tidak ada apa-apa maklumat yang diketahui kerajaan Malaysia?

Jadi siapakah dalang di sebalik ini semua? Bacalah paparan berikut..

Dalang Pencipta Isyarat Ping MH370 Terbongkar?

Permainan dalang yang menyebabkan kehilangan MH370 makin hari makin jelas. Dengan meletakkan beberapa kepalsuan melalui penguasaan teknologi, mereka berjaya memperdaya dunia. 

Mengalih tumpuan daripada realiti dengan maklumat palsu itu dan ini.Dunia diperbodohkan oleh perampas. Kita imbas kembali berita perang teknologi Amerika dan Russia suatu ketika dahulu.


Amerika mendakwa boleh mengesan sebarang objek sebesar jari kelingking manusia melalui satelitenya manakala Russia mendakwa mampu mengecam setiap orang arab hanya melalui janggut mereka sahaja dengan menggunakan imej satelite.

Tidak terfikirkah dunia mengapa kedua-dua kuasa besar dunia ini tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370. Antara kedua-dua negara tersebut siapakah yang berkepentingan terhadap MH370. 

Negara manakah yang menguasai Australia, United Kingdom, dan India???? Negara manakah yang boleh membuatkan sesebuah kerajaan kecil melutut atas kemahuan mereka demi menjaga ekonomi yang terlalu bergantung kepadanya.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia. Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baru. 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • 7 Khasiat Durian, Raja Segala Buah
  • Apa Yang Sedang Dihadapi Ratusan Ribu Mangsa Banjir?
  • Kisah menarik dari masjid yang berkedudukan paling utara di dunia
  • Lagenda pengusti Jepun yang pernah berlawan dengan peninju Muhammad Ali masuk Islam
  • Fenomena ‘Doomsday Preppers’ persiapan kaum kafir barat hadapi kiamat
  • Ini Satu-satunya Sahabat Nabi yang Namanya Diabadikan Al-Qur'an
  • Ikan Air Tawar Terbesar
  • Masjid kayu berusia 300 tahun ini berjaya diselamatkan
  • Pernikahan Itu Sepatutnya Dipermudahkan!!!
  • MENANAM TANAMAN BUAH MANGGIS
  • TIPS MERAWAT BUNGA DAHLIA
  • KERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM PEMERINTAHAN
;