Home » » Lakukanlah Kebaikan Selepas Terlanjur Melakukan Kejahatan

Lakukanlah Kebaikan Selepas Terlanjur Melakukan Kejahatan

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya perbuatan baik itu akan menghapusnya dan berakhlaklah terhadap manusia dengan akhlak yang baik (Riwayat Thabrani melalui Abu Dzar r.a.).

Jangan gembira dengan kejahatan dan dosa kita. Ia akan menimbulkan titik-titik hitam di dalam hati. Menyesal atas perbuatan jahat itu tanda iman dan kalimah syahadah dalam diri kita masih hidup, mantap, kental dan masih ada “power”. Sekiranya telah terlanjur melakukan kejahatan, lakukanlah kebaikan untuk menghapuskan dosa kejahatan itu samada dengan bersedekah atau beristigfar.

Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kalau telah melakukan dosa, istighfarlah kerana ia boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin .Malaikat dilupakan kejahatan yang kita buat. Dan diganti dengan pahala.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat)” (Riwayat Abu Abbas al-Hamadani)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

;