Home » » Kenangan Malam Pertama Bertarawih.. -IH

Kenangan Malam Pertama Bertarawih.. -IH

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

MALAM tadi telah ku jalani, solat tarawih pertama Ramadhan tahun ini. Al-hamdulillah, selesai sudah zahirnya. Aku solat di sebuah surau di dekat sempadan KL-Selangor. Ku sampai di surau semasa Azan Isyak. Di pintu surau ku lihat kasut atau seliper bertimbun, kerana ruang tambahan surau sedang dibina.

Seorang lelaki tua terjengket-jengket memijak longgokan kasut itu, kerana tiada jalan lain bagi kaum lelaki memasuki pintu surau. Terpaksa memijak longgokan kasut yang tidak rata itu, menyebabkan dia hampir jatuh. Tiba-tiba beberapa tangan menyambar menyelamatnya dari tersembam di situ. Lelaki tua itu selamat masuk ke surau, juga dengan tolongan jamaah-jamaah tadi. Al-hamdulillah.

Itu suatu semangat berjamaah yang kujumpai hasil dari fadhilat malam Tarawih, Ramadhan dan Puasa.

Tetapi, kisah tadi bersambung lagi. Tiba-tiba lelaki tua itu menjenguk dari pintu surau. Matanya mencari sesuatu.

"Bangku!" katanya.

Sambil jarinya menunjuk kepada beberapa bangku yang ada di luar surau. Dia, yang berjalan pun berjengket-jengket tentu tidak mampu mengambil sendiri. Mungkin dia solat sambil duduk dibangku, tidak mampu bersujud, apabila melihat keuzurannya. Jadi dia perlu dihulur bangku kepadanya.

Tetapi malangnya, lelaki yang didepannya itu buat tak dengar sahaja. Lelaki agak kacak itu berpakaian kemas, mungkin mahal, tidak mahu susah-susah macam pegawai tinggi lgaknya. Apa lagi mahu turut perintah orang bawahan seperti orang tua itu. Dia nampaknya tidak mahu tolong. Tiba-tiba seorang kanak-kanak dekat situ dengan pantas terus pergi mengambil bangku dan menyerahkan kepada orang tua tadi.

Itu juga suatu semangat berjamaah yang tinggi dari seorang kanak-kanak yang ditarbiahkan di surau tersebut. Hal itu sekurang-kurangnya boleh mengajari orang-orang seperti lelaki kacak, yang tidak kacak akhlaknya itu.

Selepas solat Isyak beramai-ramai, jamaah bertahlil untuk arwah dan solat tarawih 8 rakaat. Akhirnya barulah berakhir dengan solat witir. Di tengah-tengah tarawih ada tazkirah beberapa minit. Tazkirah malam itu dipimpin oleh Ustaz Salahudin Nasir.

"Kau kenal ustaz itu?" Kawanku tanya aku.

"Oh, aku kenal lama. Kawan lama. Dia termasuk pemimpin PAS dulunya. Terakhir aku jumpa dia, di majlis meninggalnya aktivis anggota BERSIH, dia memberi taklimat, beberapa tahun lalu di AU2 Gombak.
"Kini katanya, dia baru pulang dari Yaman. Pulang berceramah sepanjang Ramadhan di Malaysia, cari wang derma untuk menyambung pelajarannya, dan pelajat-pelajar Malaysia di sana. Mereka tidak dapat bantuan dari mana-mana pihak.



"Masa ini dia, isterinya, anak-anaknya tinggal di sana, bahkan menjadi pembimbing pelajar-pelajar di sana di samping belajar. "Dia sangat perlu bantuan. Itu sebab semasa datang bertazkirah tadi pun, dia berjualan sikit-sikit sambil kutip derma. "Kalau ada duit-duit zakat atau derma boleh beri pada dia. Layak dia terima!" Demikian aku jelaskan.

Sekian, bersambung lagi, insya Allah.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • MEMASUKKAN AIR MELALUI SALURAN DARAH; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA?
  • Suasana Demo Di Depan Premis MCDONALD Di Seluruh Malaysia
  • Benarkah  UMNO akan Jual Bangsa Melayu untuk Kekal Kuasa
  • Lautan Cina Selatan Dan Lautan Hindi Antara Lautan Paling Mengerikan Di Dunia
  • KHASIAT TANAMAN OBAT : TERATAI
  • Pemanasan Global Ancaman Terbesar Planet Bumi
  • Photo Hot Justien Bieber dan Selena Gomez (2)
  • Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin: Kalau Ada Kejujuran, PAS Dan UMNO Patut Berunding!!
  • Menjejak Maqam Syeikh Syamsuddin Al Wali di Guynok
  • Al-quran: Fakta tentang dasar laut yang gelap
  • Erdogan - Israel Punca Pengganas Wujud.
  • Mantan Presiden Iran Rafsanjani Pernah Mencaci Sahabat di Makam Nabi
;