Dunia sekali lagi dikejutkan dengan kemalangan terbaru pesawat Malaysia Airlines MH17. Setelah hampir berbulan-bulan misi pencarian MH370 tidak berjaya, dan seterusnya kita dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa pesawat MH17 milik syarikat penerbangan Malaysia.
Malaysian jet shot down by surface-to-air missile
http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysian-jet-shot-down/1270060.html
Dalam masa yang sama juga semalam Israel telah memulakan serangan darat ke atas Gaza. Dunia dialihkan perhatian ke arah MH17 dan dalam masa yang sama Israel terus membedil dan membunuh umat Islam di Gaza. Adakah kit sedar tentang perisitiwa ini? Seolah-olah ianya sengaja atau tidak disengajakan perkara ini boleh berlaku serentak.
Israel launches ground operation in Gaza
http://www.channelnewsasia.com/news/world/israel-launches-ground/1270032.html
Kejadian tragedi MH17 ini berlaku sehari selepas US dan European Nation membuat kerjasama untuk meningkatkan lagi sekatan ekonomi ke atas Russia yang menjadi dalang provokasi ketidakstabilan Ukraine. Adakah ini menyebabkan Russia mengambil jalan mudah untuk memberi perhatian dunia dengan menembak jatuh MH17? Perisitiwa MH17 ini juga telah melonjakkan duit US berbanding Euro dan melonjakkan harga minyak dunia seperti link dibawah ;
Oil prices jump after Malaysian jet crash in Ukraine
http://www.channelnewsasia.com/news/business/international/oil-prices-jump-after/1270026.html
Negara besar dunia seperti Britain dan US terus bersatu bagi memberi tekanan ke atas Russia, dan mereka terus menggunakan badan-badan dunia seperti UN dan PBB. Apakah yang berlaku terhadap MH17, satu kebetulan atau kemalangan yang tidak dirancang?
0 ulasan:
Catat Ulasan