Home » » Gaza: Khaled Meshaal Gesa Umat Islam Tunjuk Solidariti

Gaza: Khaled Meshaal Gesa Umat Islam Tunjuk Solidariti

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.



GAZA: Hamas mengingatkan umat Islam tidak hanya berpeluk tubuh dengan sekadar melihat apa yang dilakukan tentera zionis Isreal kepada rakyat Palestin ketika ini. Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal berkata, negara-negara Arab dan Islam khususnya Mesir digesa berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dibunuh.

"Ramadan sentiasa menjadi bulan kemenangan kepada orang Islam.
"Ramadan 1973 menyaksikan hari kemenangan bagi rakyat Mesir dan tentera mereka ke atas Israel. Kami mahu sokongan anada," katanya dalam satu temubual di televisyen di Qatar, Doha.

Beliau turut menyalahkan negara Yahudi tersebut sebagai memulakan pencerobohan.

"Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri," kata Meshaal.

Sejak Isnin lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Palestin dan menyebabkan lebih 53 syahid termasuk wanita dan kanak-kanak. Aktivis mendakwa tentera rejim menggunakan senjata pemusnah yang dilarang pihak antarabangsa. Meshaal berkata pihak pertahanan Palestin akan terus memikul tanggungjawab untuk mempertahankan tanah Palestin. Pihaknya juga menolak sebarang genjatan senjata selagi Palestin tidak dibebaskan sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.

"Kami tidak mengancam sesiapa, tetapi kita mempunyai hak untuk mempertahankan diri kita sendiri.
"Israel hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan pemimpin mereka untuk mana-mana tindak balas berikutnya yang akan berlaku," tegas Meshaal. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •  Hari-hari Terakhir Seorang MB Selangor.
  • Inilah Burung Indah Yang memiliki Jambul Seperti Syahrini
  • Kisah Hidup Raja Faisal al Saud, Raja Arab Saudi Yang Berani!
  • Pesan Imam As-Syafie - Bekalan Baiki Diri
  • Siapa Timbalan Perdana Menteri Selepas Ini?
  • Tips Cara Memilih Burung Kenari dari Bakalan
  • Dimanakah Yahudi bersembunyi ketika dikejar musuh?
  • kehebatan Penghuni Syurga
  • 7 perkara tak boleh diubah dalam hidup
  • Kisah Solat Beberapa Orang Sahabat, Tabi'en Dan Ahli Sufi
  • Jin masuk dalam tubuh manusia melalui laluan darah
  • Prinsip Berkecuali Penjawat Awam Mesti Dihormati
;