Home » » Khalid: Buktikan Saya Tiada Sokongan Majoriti

Khalid: Buktikan Saya Tiada Sokongan Majoriti

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sesiapa yang mendakwa beliau tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) haruslah membuktikannya atau membuat laporan kepada Sultan.

"Itu untuk pihak lain cuba (buktikan). Cuba (buktikan) sama ada menteri besar dapat sokongan penuh atau sokongan majoriti.

"Dia boleh buat begitu (berkata saya hilang sokongan) dengan buat laporan kepada Sultan. Buat masa sekarang Sultan tak terima laporan saya tiada sokongan majoriti," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, Khalid berkata Sultan Selangor perkenan beliau kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat sebagai ahli PKR.

Khalid dipecat oleh parti itu Sabtu lalu kerana tidak mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dari ADUN Selangor dan layak menjadi menteri besar.

Beliau berkata Sultan Selangor telah bersetuju dengan penjelasan beliau dan memperkenankan beliau meneruskan tugas sebagai menteri besar ketika ditanya mengenainya.

"Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Pirlo puji pemain tengah Jerman
  • Subhanallah, Inilah Keajaiban Air Mata
  • Gunalah dinar sekarang atau Amerika akan menggunakannya esok hari!
  • Kisah Sahabat Nabi: Ja’far bin Abu Thalib, Si Burung Surga
  • Selepas Mesyuarat Bilderberg Ekonomi Sesuatu Negara Akan Bankrap
  • Langkah Pertama Menjadi Seorang Muslim
  • AURAT WANITA TUA KETIKA SAKIT & EDDAH WANITA YANG PUTUS HAID
  • Hadis Pohon Gharqad Masuk Kurikulum Sekolah Israel
  • APA ITU JIN
  • Kemusnahan Harta Qarun Kerana Enggan Berzakat
  •  Serangan Hari Ke5 - Penjenayah Israel Sasarkan Masjid.
  • Azizan Abdul Razak Daripada Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.
;