Home » » Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan - Bayangkan Jika Kita Di Tempat Mereka!!

Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan - Bayangkan Jika Kita Di Tempat Mereka!!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, kesedihan dan kepiluan pasti masih tebal menyelubungi keluarga semua mangsa korban MH17. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bebanan perasaan tersangat berat dan sulit mahu dikendalikan, Jika orang yang beriman, yakin dan redha dengan taqdir Allah adalah sebaik-baik ubat yang boleh menenangkan jiwa. 

Apa lagi yang kita boleh bantu mereka melainkan doa dan bersimpati. Nasib kita juga belum tahu. Semua kita sedang bergerak ke satu destinasi yang pasti iaitu mati. Bila dan di mana adalah ketentuan Allah tetapi yang pasti, masanya untuk kita semakin mendekat. Apakah persiapan kita sebagai bekal di negeri yang kekal abadi? 

Cukuplah kematian sebagai pengajaran yang berupaya menginsafkan kita. 

Hargailah masa ketika kita masih bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai. Jika mereka telah tiada, hanya tangisan dan air mata yang mencurah - mengenangi saat suka duka bersama mereka. Jika mereka masih hidup, berkasih sayanglah dan hiduplah dalam keadaan saling menghargai serta saling menghormati. Jika mereka telah tiada, perhatikanlah anak isteri  / suami dan keluarga yang ditinggalkan mereka. Bantulah mana yang perlu disamping hadiahkanlah apa-apa kebaikan untuk mereka.  Al Fatehah!!

Kapten Wan Amran Wan Hussin

Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan

Setelah 48 hari kejadian pesawat malang MH17 yang terhempas di Ukraine, akhirnya jenazah juruterbang pesawat tersebut, Kapten Wan Amran Wan Hussin bersama 8 yang lain tiba di KLIA pada pukul 8.15 pagi tadi untuk disemadikan di bumi Malaysia. Ketibaan sembilan jenazah disambut cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

Keadaan cuaca hujan dan mendung itu seolah-olah menyelami suasana sedih dan sebak hadirin di kawasan kompleks itu termasuk waris mangsa dan warga syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hadir lengkap beruniform. 

Jenazah pertama yang diturunkan ialah juruterbang Kapten Wan Amran Wan Hussin diikuti penumpang Subashini J.Retnam dan yang terakhir iaitu warga Belanda Fun Shun Po.

Biarpun cuaca mendung dah hujan, ianya tidak menghalang upacara istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah tersebut dijalankan. Selain daripada jenazah kapten Wan Amran Wan Hussin, Istiadat penghormatan itu juga turut melibatkan juruterbang Kapten Eugene Choo Jin Leong, pembantu juruterbang - Muhamad Firdaus Abdul Rahim dan anak kapal Sanjid Singh Sandhu.

Setelah selesai istiadat penghormatan, jenazah Kapten Wan Amran dibawa ke Masjid Shah Alam untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 2, Shah Alam. Semoga Roh arwah ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman. Al Fatihah.

Inilah Perjalanan Terakhir Kapten Wan Amran Wan Hussin
Ketibaan Pesawat MH19 Yang Membawa 7 Jenazah Warga Malaysia Dan 
Dua Belanda Selamat Tiba Di KLIA Pada Pukul 8.30 Pagi
Barisan Kapten MAS yang hadir memberikan penghormatan terakhir 
pada rakan setugas mereka.
Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin Yang Pertama Di Turunkan
Jenazah Kapten Wan Amran diusung oleh rakan juruterbang di Masjid Shah Alam

Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin tiba di Tanah Perkuburan Seksyen 21

Isteri Dan Dua Anak Kapten Yang Mengiringi Jenazah 
Sayu Tapi Tenang

Selamat DiSemadikan

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • 9 perkara membuatkan syaitan berpesta
  • Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran
  • llumination / Kecerahan - Usaha Yahudi Mengelabui Umat Islam
  • Pastikah Minyak Masak Yang Kita Gunakan Di Rumah Tidak Bercampur Dengan Minyak Goreng Khinzir?
  • Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala
  • Info Berguna! Ini 10 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Tekanan
  • Coklat Tercemar DNA Babi ‘Halal Dimakan’, Kata Majlis Fatwa Kebangsaan
  • PATUNG MAINAN ANAK BERUPA DAJJAL; MATA SATU
  • Rahsia Terbongkar - Pedang Damascus, Pedang Paling Tajam Di Dunia
  • Majlis Makan Malam Amal YKPPM (Bahagian 2)
  • Laju Yang Tersangat Laju111
  •  Gambar Banjir Di Kelantan : Terkini 24 Disember 2014
;