Home » » MB Selangor Yang Akan Dilantik Jumaat Ini Sudah Diketahui?

MB Selangor Yang Akan Dilantik Jumaat Ini Sudah Diketahui?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad tidak tahu beliau bakal megangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka itu turut menafikan dipanggil untuk mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti dilaporkan media semalam.

"Saya tidak tahu pun yang saya kononnya akan angkat sumpah Jumaat ini," katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor itu melalui akaun Facebooknya.

Semalam beberapa portal berita dan blog melaporkan Iskandar akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat ini. Beliau juga dilaporkan dipanggil mengadap Sultan di samping 2 lagi exco PAS Selangor iaitu Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Iskandar berkata, beliau kini memberikan tumpuan kepada anaknya Ismail yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini. 

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar nama 2 Adun PKR dan seorang Adun PAS untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Nama Adun PAS itu kemudiannya dikatakan Iskandar manakala dua Adun PKR adalah Dr Idris Ahmad (Ijok) dan Dr Yaakub Sapari (Kota Anggerik).

Semalam Sultan Selangor murka dengan tindakan PKR dan DAP yang enggan mematuhi perintah baginda agar menghantar lebih 2 nama ke istana.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Adun lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, semalam. ~tmi

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Jenis Kelamin Bayi
  • Amerika: Mursi adalah Penghalang Demokrasi
  • Seramai 245 Kematian Kanak-kanak Gaza. Apa Luar Biasa?
  • 9 perubahan yang akan anda lalui apabila berhenti merokok
  • Poligami di Russia?
  • PERHATIAN!! JIKA DI SENGAT ULAR,LIPAN,KALA JENGKING, DAN TERPIJAK PAKU,LAKUKAN CEPAT CARA INI.
  • Perjanjian Rasululah dengan Yahudi
  • MH370 - Bagaimana Penerimaan keluarga Mangsa
  • Inilah Cerita Sebenar Disebalik Berita Google Bayar USD50 Ribu Kepada Budak Tingkatan 3
  • Tentang Wudhu’
  • Wahai Wanita, Jadilah Bidadari Syurga Untuk Suamimu!
  • Jangan bangga, jangan berlagak
;